Wednesday 3 June 2009

'Sleep Over'

Semalam kami menerima kunjungan Laily dan Mus sekeluarga. Tujuan asal mereka untuk mengikuti majlis konvokesyen yang berlangsung di UiTM. Kata Laily, "Kak .. boleh tak nak bagi anak-anak 'sleep over' kat rumah akak?". Lama sungguh rasanya tidak mendengar istilah 'sleep over'. Beberapa tahun lalu, aktiviti sleep over adalah acara wajib untuk anak-anak ketika musim cuti persekolahan. Sebelum cuti sekolah, anak-anak akan merancang rumah siapa yang akan menjadi mangsa aktiviti sleep over. Selalunya, pada sebelah petang, ibu bapa kawan anak-anak akan datang ke rumah untuk menghantar anak-anak mereka untuk aktiviti itu. Macam-macam aktiviti diadakan - rancangan anak-anak. Mereka akan tidur pada larut malam, pernah juga tidak tidur semalaman.

Semalam, berlangsunglah aktiviti sleep over. Aktivitinya masih sama, lokasinya yang berbeza. Tapi kali ini, bukan setakat anak-anak saja, ibu dan bapa pun sleep over juga!! Ketika anak-anak berlari ke sana ke sini, ibu bapa berceloteh tidak berhenti-henti...

Ketika melambai mereka pulang, Laily pun bertanya "Kak.. bila nak sleep over ke rumah kami?" Aduh... aktiviti sleep over kali ini, sudah melampaui sempadan negeri..!!! Bukan seperti berlegar antara jalan-jalan di sekitar Forest Field!!!!

2 comments:

cahaya said...

kalo dah balik msia kang mesti rindu ngan suasana kat sini kan kak..esp anak2....so tinggal kurang dari setahun ni...harap2 saya dpt manfaatkan sepenuhnya masa kat sini...

SevenDrops said...

Cahaya,

Rindu jugak suasana sana, tapi bila jumpa kenkawan kita, rasa macam dok sana jugak. Enjoy lah dok sana... dok sini busy betulllll....