Monday, 21 December 2009

Kerana Kami Berkongsi Kasih dan Kenangan...

Kerana berkongsi kasih dan kenangan .. maka kami ex-Nottingham Malaysian Community telah sepakat untuk berkumpul pada julung-julung kalinya untuk menjalin kasih di D'Impian Inn pada 19-21 Disember 2009. Bukan senang untuk mengumpulkan seramai yang mungkin.. dari Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Barat. Datang tanpa paksaan.. tidak pula dibayar... semuanya ditanggung sendiri. Namun, melihat kelibat pesertanya.. timbul perasaan terharu .. meriah dan penuh muhibbah. Dari Burford Road, Berridge Road, Sandon Street, Wilkinson Street, Ewart Road, Noel Street, Radford Road, Gregory Road, Aspley Road, Windermere Road, Bombersmill.... kami bertemu di Parit Raja! Yang paling menarik, 7 keluarga datang sehari lebih awal. Kami disaji dengan pelbagai menu di D'Impian Kopitiam.... yang paling seronok... kali ini kami menjamu selera tanpa perlu memikir kami ahli kariah yang mana .. (kena gotong royong masak le tu..!). Nasiblah pemilik D'Impian Inn itu telah masak dengan pelbagai kerenah anak-anak.. Mereka semua suka melepak di lobi. Kata saudara Elias (bekas Panglima Badminton)... "Tengok.. tengok.... kasut-kasut yang banyak dan berselerak ni... macam pegi beraya di Nottingham!!!"

Sementara menunggu makan tengahari...

Mesyuarat pertama baru nak mula... tengok tu.. kami pakai baju seragam!

Perbincangan awal sebelum mesyuarat bermula dengan rasmi..


Berhimpun di lobby.. padat.. tengok Izan tu.. sibuk bagi goodies untuk semua anak-anak.

AJK yang baru dilantik..

Pemandangan dewan dari perspektif lain....
Para jejaka yang hadir Para bonda yang hadir..

Selepas 'check out'.. ramai-ramai pulak menyerang rumah Pengerusi ... kami antara empat keluarga yang terakhir meninggalkan rumah pengerusi selepas menikmati barbeque 'sea food'.. tak main le ayam-ayam Medina.. Moghul.. atau Khan..!!!

The World's Daddy

Happy Birthday...

Pada 7/12/2009, Gem 1 menyambut hari lahir yang ke 4? ! Kami semua mengucapkan Selamat Panjang Umur, murah rezeki dan dilindungi Allah setiap waktu.

We LOVE UUUUUUU.....

Monday, 7 December 2009

Gem 5 Bersunat!

Pada 4/12/2009 .. selamatlah Gem 5 bersunat! Lepas ini.. kami akan kehilangan modal untuk mengusik-usik Gem 5...

Sebelum bertolak ke klinik

Di dalam klinik - proses tukar kain
Keluar dari klinik selepas upacara bersunat selesai
Sebaik pulang dari klinik

Dua jururawat yang setia menunggu.. Ajen dan Gem 7. Kata Gem 7.. "next time.. don't sunat abang la mummy.. kesian abang!"

Sevendrops di Twin Tower Skybridge

Minggu lepas kami bersantai di Menara Kembar Petronas. Sempat juga mencuba jambatan tergantung di antara kedua-dua menara tersebut. Pada mulanya, terasa bimbang... takut dan gayat le tu! Tapi.. apabila berada di atas.. pemandangan sekitarnya cantik!



Sunday, 6 December 2009

Sevendrops di Taman Rahsia

Beberapa minggu lepas kami bersantai di One Utama.. Terjumpa pula the Secret Garden. Cuaca yang mendung, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. uhhh.uh.. indah sungguh. Gem 1 kata suasananya macam 'spring' di Nottingham... Lama juga kami bersiar-siar di dalam taman tersebut. Apatah lagi .. tiada pengunjung lain yang berkunjung pada masa tersebut. Taman Rahsia ini bagaikan milik kami...

Di bawah satu rimbunan

Asyik menikmati suasana permai
Sempat beposing berlebih-lebihan! Dicelah kehijauan...
Entah apalah yang menarik perhatian tu
Di mana Gem 7?
Di bawah lembayung pokok keladi


Menelek-nelek pelbagai tumbuhan

Bertandang ke rumah Sharul dan Mai

Selesai majlis Gem 7, kami terus ke Bangi untuk memenuhi jemputan Shahrul dan Mai untuk meraikan hari lahir puteri kesayangannya. Di sana kami berjumpa keluarga Siti dan Lias.

Selamat Hari Lahir...


Mai, Siti dan me (Gem 7 terlalu teruja dengan set baju barunya.. dia masih mahu memakainya sehingga ke petang..)

Gem 7 di Majlis Nuh' s Ark

Pagi-pagi lagi Gem 7 sudah bangun dan bersiap sedia untuk ke Majlis Akhir Tahun tadika Nuh's Ark. Kami diberitahu tema untuk tahun ini ialah 'pekerjaan'. Kami tiba agak lewat... tetamu sudah ramai. Gem 7 tidak mahu ke belakang pentas. Puas dipujuk, beliau masih menangis dan minta didokong. Akhirnya, kami menyerahkan beliau kepada guru kelasnya. Tiba-tiba, tangisannya sudah tidak kedengaran. Beliau sudahpun dipakaikan dengan baju kemeja, siap bertali leher! Dengan mata yang masih berair.. beliau keluar untuk membuat persembahan...

Lagu pembukaan..

Jenguk di celah-celah mikrofon

Dah makin kusyuk menyanyi

Gem 7 dan geng menyanyikan lagu 'for mothers'
Comelnya rasa persembahan anak-anak ini
Gem 7 dan geng bersiap sedia menyanyikan lagu Micheal Jackson..Heal the world
Semua dapat sarung tangan putih..

Gem 7 dan Batrisyia... kata Gem 7 .. 'this is my best friend!' Alahai .. anak teruna kecilku... gambar ni diambil dengan izin ayah Batrisyia!

Sevendrops di Villa Mus-Laily

Lama tak update blog ni... sibuk sungguh dengan pelbagai agenda. Hujung-hujung tahun ni nampaknya memang begitu. Pada jangka waktu yang kami tidak DIBENARKAN bercuti.. memanglah menimbulkan tekanan. Jadi dihujung minggu, kami pun bercadang untuk bersantai-santai ke selatan.. apa lagi.. sasaran utama ialah menyerang rumah Mus dan Laily. Pada awalnya kami hanya bercadang untuk bertolak pada hari Sabtu. Tapi bila anak-anak pun sudah tidak sabar-sabar lagi.. kami pun bertolak pada petang hari Jumaat. Kami tiba hampir pukul lapan malam ketika Laily sibuk masak di dapur! Alahai.. apabila menjejak masuk ke rumah mereka.. terasa seolah-olah bertandang di Laurie Avenue. Apatah lagi.. kami dijamu dengan resepi-resepi 'lama' seperti masa dulu-dulu. Pertemuan itu menjadi satu sesi nostalgia. Kami berborak sehingga lewat pagi.

Kesokannya, selepas meronda-ronda sekitar Parit Jawa dan Ayer Hitam, kami menuju ke Hotel milik Baha dan Awin. Lepas tu menuju ke rumah mereka. Sesampai kami di banglo tersergam mereka, Awin menjamu kami dengan masakan Asam Pedas ikan Pari yang sangat lazat. Habis kami meratah. Petangnya, sempat pula ke kolam air panas yang berdekatan. Rombongan kami ditambah pula dengan kehadiran Man dan Ida sekeluarga. Pada sebelah malamnya, Baha dan Awin sibuk pula menyediakan 'barbecue'. Terasa benar seperti 'barbecue' di Windemere Road! Yang beza, saiz rumah dan kawasannya! Man dan Ida pulang awal. Tinggallah kami tiga keluarga. Anak-anak sibuk dengan urusan mereka. Kami bertiga pasangan pula bersantai di bawah 'car porch' sehingga jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi. Sehingga timbullah idea untuk mengadakan malam 'Jalinan Kasih Pasca NMC 2009'! Sungguh.. sesekali bertemu dan sama-sama mengimbas nostalgia adalah faktor memperkasakan silaturrahim. Semoga persahabatan tetap kekal dan dirahmati Tuhan.

Sevendrops di Villa Mus-Laily (p/s - rasa tajuk macam novel Enid Blyton... idea Laily!)

Di ruang resepsi Hotel Baha dan Awin
Kami pun bergambar sama..
Di dapur Baha dan Awin... sibuk menyediakan juadah bagi sesi 'Barbecue'
Sebelum bertolak balik..
Bangalow Baha dan Awin (di porch tu kami bersantai sehingga lewat pagi!)
Gem 7 dan Iris

Sebelum bertolak balik... menjamu selera Ayam Pedas dan Mee Rebus