Monday, 21 December 2009

Kerana Kami Berkongsi Kasih dan Kenangan...

Kerana berkongsi kasih dan kenangan .. maka kami ex-Nottingham Malaysian Community telah sepakat untuk berkumpul pada julung-julung kalinya untuk menjalin kasih di D'Impian Inn pada 19-21 Disember 2009. Bukan senang untuk mengumpulkan seramai yang mungkin.. dari Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Barat. Datang tanpa paksaan.. tidak pula dibayar... semuanya ditanggung sendiri. Namun, melihat kelibat pesertanya.. timbul perasaan terharu .. meriah dan penuh muhibbah. Dari Burford Road, Berridge Road, Sandon Street, Wilkinson Street, Ewart Road, Noel Street, Radford Road, Gregory Road, Aspley Road, Windermere Road, Bombersmill.... kami bertemu di Parit Raja! Yang paling menarik, 7 keluarga datang sehari lebih awal. Kami disaji dengan pelbagai menu di D'Impian Kopitiam.... yang paling seronok... kali ini kami menjamu selera tanpa perlu memikir kami ahli kariah yang mana .. (kena gotong royong masak le tu..!). Nasiblah pemilik D'Impian Inn itu telah masak dengan pelbagai kerenah anak-anak.. Mereka semua suka melepak di lobi. Kata saudara Elias (bekas Panglima Badminton)... "Tengok.. tengok.... kasut-kasut yang banyak dan berselerak ni... macam pegi beraya di Nottingham!!!"

Sementara menunggu makan tengahari...

Mesyuarat pertama baru nak mula... tengok tu.. kami pakai baju seragam!

Perbincangan awal sebelum mesyuarat bermula dengan rasmi..


Berhimpun di lobby.. padat.. tengok Izan tu.. sibuk bagi goodies untuk semua anak-anak.

AJK yang baru dilantik..

Pemandangan dewan dari perspektif lain....
Para jejaka yang hadir Para bonda yang hadir..

Selepas 'check out'.. ramai-ramai pulak menyerang rumah Pengerusi ... kami antara empat keluarga yang terakhir meninggalkan rumah pengerusi selepas menikmati barbeque 'sea food'.. tak main le ayam-ayam Medina.. Moghul.. atau Khan..!!!

10 comments:

zafwah said...

dasat tul..ni yg buatkan rs tak sabar nk jd alumni..minta2 tahun dpn leh la register..mudah-mudahan aktiviti2 mcmni berterusan..da kira mcm adik beradik balik raya kan..

kak cahaya said...

akak...statement tak main la ayam moghul, medina, Khan.....sungguh tak tahan ku mendengarnya....layan seafood aje kak kat msia....mmmaaaahhh walllahhh...
sangatla tak sabarnya nak join taun depan....mudah2an dpt ler balik...

SevenDrops said...

Salam Zafwah and Cahaya...

Dipersilakan.. masuk dalam keluarga besar ni... rugi kiranya ukhwah seperti ini dipersiakan...

mrshenri said...

syiok giler kan dpt kumpul ramai2... uniknya ukhuwah kita ni... membuatkan saya melihat kehidupan ni dari sudut yg sgt berbeza (positively of course).

SevenDrops said...

Salam MrsHenry,

Teringin jugak nak tau perspektif yang berbeza tu macam mana?.. Memang unik kita ni... jumpa tu tak payah buat acara apa-apa... sambil makan roti canai pun sudah membahagiakan...

mrshenri said...

dolu2 sblm belajor obersi, saya mudah nak 'judge a book by its cover'. tapi sejak saya kenal dgn ramai org baik2 di coventry/warwick dan notts terutamanya, saya selalu nampak semua org baik. itu satu di antara byk perkara/pengalaman sbg perantau yg membentuk saya pd hari ini.

kak cahaya said...

betul2...dulu2 masa kat msia aku sangt takut berjumpa kwn baru...cuma nak stick pada yg ada aje (rasa cam dah selesa dah) tp bila tercampak ditanah asing...aku jadi pro dan over ramah plak..hehe..rupa2nya makin ramai kenalan makin matang kita jadinya. Proses mengenali menjadikan kita tahu baik dan buruknyer..tp kat Notts ni seriusly byk baik dari buruk. Tersangat tak pernah menduga akan menerima nikmat ukhwah yg tak semua org dpt menikmatinya.
Dulu aku igt adik beradik aje yg kita bole rapat dan dipercayai tapi aku silap...kdg2 kawan2 pon bole lebih baik dari adik beradik dan saudara mara sendiri.

SevenDrops said...

Cahaya,

Betul.. betulll.. betul....

mama2D said...

mmg seronok tgk ex-notts berkumpul..ada jugak yg ina tak sempat kenal..insyallah balik thn ni dapat le join..rindu kak akak dan kakak2 yang lain..hehe

SevenDrops said...

Salam Mama2d,

Hah? Dah nak balik??? Welcome..welcome... kami kat sini pun mengikuti perkembanagn danial!!!