Sunday, 6 December 2009

Gem 7 di Majlis Nuh' s Ark

Pagi-pagi lagi Gem 7 sudah bangun dan bersiap sedia untuk ke Majlis Akhir Tahun tadika Nuh's Ark. Kami diberitahu tema untuk tahun ini ialah 'pekerjaan'. Kami tiba agak lewat... tetamu sudah ramai. Gem 7 tidak mahu ke belakang pentas. Puas dipujuk, beliau masih menangis dan minta didokong. Akhirnya, kami menyerahkan beliau kepada guru kelasnya. Tiba-tiba, tangisannya sudah tidak kedengaran. Beliau sudahpun dipakaikan dengan baju kemeja, siap bertali leher! Dengan mata yang masih berair.. beliau keluar untuk membuat persembahan...

Lagu pembukaan..

Jenguk di celah-celah mikrofon

Dah makin kusyuk menyanyi

Gem 7 dan geng menyanyikan lagu 'for mothers'
Comelnya rasa persembahan anak-anak ini
Gem 7 dan geng bersiap sedia menyanyikan lagu Micheal Jackson..Heal the world
Semua dapat sarung tangan putih..

Gem 7 dan Batrisyia... kata Gem 7 .. 'this is my best friend!' Alahai .. anak teruna kecilku... gambar ni diambil dengan izin ayah Batrisyia!

No comments: