Wednesday, 6 January 2010

Bukan Perjalanan Biasa

Pada 24/12/2009 yang lepas, Gem 3 telah mendapat keputusan PMRnya. Sungguh, perjalanan Gem 3 mengharungi tingkatan 3 bukanlah perjalanan biasa. Gem 3 telah meninggalkan sistem persekolahan ini semenjak beliau di dalam darjah 4. Gem 3 kembali semula ketika betul-betul berada di dalam tingkatan 3. Seringkali, beliau melahirkan kegelisahannya.... "I have only 9 months mummy.. only 9 months!!".

Dalam waktu yang tinggal itu (termasuk cuti-cuti sekolah, cuti Raya Puasa, cuti Raya Cina, Cuti Hari Merdeka... bla..bla..), Gem 3 perlu:
  1. Menyiapkan Folio yang tertinggal untuk tingkatan 1 dan 2, untuk beberapa mata pelajaran.
  2. Memahami mata pelajaran tingakatan 3.
  3. Mengulangkaji serentak semua mata pelajaran tingkatan 1 dan 2.
  4. Mempelajari bagaimana untuk menjawab soalan!
  5. Mempelajari tulisan jawi.
  6. Menghafal ayat-ayat al quran untuk semua tingkatan 1, 2 dan 3.
  7. Mengikuti ko-kurikulum.
  8. Melibatkan diri dalan sukan peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Bukan setakat masa, sesekali dilihat, bagaikan tidak cukup tangan dan tenaga. Pada awalnya, kami ingin menghantar Gem 3 ke kelas tambahan. Setiap kali disuarakan.. Gem 3 akan menjawab "NOOOOOOOOOOOOO!!!!". Lalu, Gem 3 diberi sepenuh kebebasan mengendalikan hidupnya sendiri. Tidak pasti bila Gem 3 mengulangkaji. Katanya, "I always study at night". Tapi, entahlah.. yang pasti .. kelibatnya selalu kelihatan di depan TV atau terbungkang lena!

Cuma sekali, kami membawa Gem 3 ke ceramah motivasi Nur Madihah (pelajar cemerlang SPM). Banyak juga manfaatnya apabila ceramah disampaikan oleh rakan sebaya... Pesan Nur Madihah "Ingatlah kejayaan adalah milik Allah. Mintalah padaNYA dengan bersungguh-sungguh.. rajin sembahyang malam.. rajin puasa... hormat ibu bapa, guru, rakan, jiran..." Barangkali, ada yang tertusuk di minda, lalu Gem 3 mendekatiNYA dengan cara yang tersendiri..

Sebelum keputusan diumumkan, kami lebih terasa gentarnya daripada Gem3. Walaupun nama beliau tidak dipanggil untuk ke pentas, guru kelas Gem 3 yang melintasinya telah tiba-tiba menjabat tangan Gem 3. Gem 3 tertanya-tanya kenapa. Barangkali, guru kelasnya lebih mengetahui latar belakang beliau:

  1. Kali pertama ujian di dalam tingkatan 3: hanya 2A dan merangkul semua huruf.. ada B,C,D,E,F!
  2. Kali kedua ujian: hanya 3 A, ada B ada C ada D
  3. Kali ketiga ujian: lebih kurang serupa dengan yang sebelumnya..
  4. Kali keempat ujian: lebih kurang serupa dengan yang sebelumnya.
  5. Ujian percubaan PMR: 4A 2B 2C.
  6. PMR? .. 6A 2B! (B = BM dan Sejarah).

Syukur, Alhamdullillah... dalam hanya 9 bulan, Gem 3 yang ketinggalan jauh ke belakang, ada masalah bahasa, benci mata pelajaran Sejarah, tidak suka menghafal, tidak mahir jawi.. telah berjaya mengharungi kesemuanya tanpa kelas tambahan.

Di mata kami, "nilai 6A dan usaha yang gigih selama 9 bulan" adalah suatu kejayaan yang luar biasa...

TAHNIAH GEM 3!!!!

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru kelasnya, guru-guru sekolah, rakan-rakan, Kak Dilah dan abang Zul dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang bertanya khabar... yang 'tumpang nervous' (Laily.. dan Mus).. terima kasih! Mudah-mudahan Allah melimpahi RahmatNYA pada anda semua.



Guru-guru bergerak turun untuk mengumumkan keputusan PMR

Gem 3 masih tersenyum... Gem 7 tumpang sibuk ..

Masing-masing cuba mencari keputusan di depan guru kelas..

Meriah.. bermacam-macam telatah... boleh dibuat satu cerpen.. ada yang menggaru-garu kepala.. ada yang meluru ke belakang bangunan.. ada yang melompat kegirangan.. ada yang menangis.. entah untuk sedih atau gembira!

Yang dah dapat keputusan..

Gem 3 datang dengan senyuman..

Macam tak percaya....

21 comments:

Anonymous said...

meremang sy baca entry ni kak..sggh terharu, kagum, bangga..semua la..tak dpt bayang perasaan kak nas dgn abg fifi mcmna..apa pun big congrats utk kak long..mudahan kejayaan akan sentiasa menjd milik kak long..dunia dan akhirat..

Nihlah Insyirah said...

tahniah buat Gem 3 dan syabas buat kak Nasiroh dan abg Afifi atas kejayaan Gem 3. Semoga terus cemerlang di masa hadapan.

ME said...

Tahniah Gem 3 and Syabas Ira. Alhamdulillah .. & InsyaAllah anak2 U akan ikut jejak langkah parents diaorg yg bijak.

SevenDrops said...

Salam Semua,

Terima kasih.... aduhai.. sukar sebenarnya menjadi ibu bapa di zaman moden ni.. zaman dulu.. pakai hentam keromo saja....

teratakmuslaily said...

bila habis baca entry kaknas nie, terasa ada titik hangat di hujung mata... ye, aku menangis, sebak, terharu, gembira, kagum, bangga semua ada...

1. aku sebak, kerana aku juga ada anak yg yg bakal melalui saat itu.. mampukah anakku menjadi sebaik itu,atau mungkin lebih lagi?

2. aku kagum, kagum dengan cara didikan kaknas dan abg afifi mendidik anak2nya..

3. aku bangga, bangga dgn kemampuan dan kebolehan kaklong menguasai pelajarannya dalam jangka waktu 9 bulan sahaja... berbanding dgn dot-dot-dot yg dari tadika hingga ke Tingkatan 3belajar di Malaysia hanya mampu mendapat 2A sahaja

3. gembira dengan kejayaan kaklong. TAHNIAH sekali lagi!... Mmg aku yg nervous nak tau result kaklong mcm aku lak yg amik peksa...

4. takut, takut nak meniti hari-hari muka kerana cabaran mendidik anak di zaman moden ni sgt besar dugaan dan cabarannyaa...

Kaknas sering jadi role model aku, tok guru dlm apa juga bidang, baik bidang bid-mengebid, carboot-mengaboot, didik-mendidik suma laa... thanks kaknas kerana sudi jadi kakak tak rasmi saya hehehe...

SevenDrops said...

Salam Laily,

Hi..hi.. akulah kakak mu ...

TQ..TQ....

hanimmokhtar said...

Alhamdulillah..syukur. Berkat kesabaran dan kepayahan yang telah dilalui (hanya yang merasainya yang faham)

tahniah kepada
kak nasiroh dan suami..tahniah along @ gem 3!.

Semoga kejayaan cemerlang akan terus mewarnai anak-anak ini..:-)

SevenDrops said...

Assalamualaikum,

Hanim.. terima kasih... terkejut tengok nama.. hanim yang mana..yang tau hanim Kudus!

-dal- said...

tahniah Gem 3 .... auntie dulu belajar BM seumur hidup pun dapat B jer. heheheh. Kira terror la tu 9 bulan belajar terus dapat B

SevenDrops said...

Dal,

Terima kasih... bila kita nak jumpa nih... sejak balik tak terjumpa-jumpa...

selamat tahun baru...

cahaya said...

rasanya tajuk entry akak ni tidak lah berunsurkan sedey,....tapi kena saya emo sangat nih?....berjujur air hangat ini mengalir....mungkin saya dapat merasai situasi akak skrg ni...mungkin juga saya juga bakal menempuh susur galur yg sama cam akak.....tahniah along....9 bulan dapat result yg begitu cemerlang..tanpa tuition....
tahniah pada akak dan abg afifi juga..kerana ini kejayaan keluarga bukan individu...
doakan untuk kami di sini juga kak..

Unknown said...

nice blog...n n3 ni memang sedih..bukan senang nak dapat n wat camtuh...tahniah kat gem3...n u too..

SevenDrops said...

Salam Cahaya,

Terima kasih.. walaumacam manapun rasanya cahaya juga akan menempuh pengalaman yang serupa... Yakin Boleh... apapun KEJAYAAN itu milik ALLAH.. DIAlah yang memberi pada sesiapa yang dikehendakinya.. moga cahaya dan keluarga termasuk di dalam golongan yang diberi kejayaan olehNYA.

SevenDrops said...

Puteri-Aizat,

Salam perkenalan.. terima kasih.

Anonymous said...

salam....
tahniah kaklong / maksu /paksu....
dok tertunggu-tunggu aja entry pasal result kak long nie....

kak long,all the best untuk tahun-tahun yg mendatang....keep up the good work...

p/s boleh la claim hadiah dari tok...makngah ..maklang...makcik..
pakteh he he he ...

-lili-

SevenDrops said...

Salam Lili,

Lama tak dengar berita... minta maaf tak sempat pun melawat Yusri accident hari tu.. Moga-moga dah recover...

Mak su

cgfirdaus said...

tahniah...
Insya Allah, semoga berjaya lagi di masa hadapan untuk maksu sekeluarga.
-firdaus-

SevenDrops said...

Firdaus,
TQ..TQ...

TQ terutamanya soalan-soalan yang tolong photocopy dulu...

Maksu

ina_mama2D said...

tahniah gem 3..wah tak percaya aunty dgn hanya 9 bln boleh dpat result se best tu..kagum dgn akak family..seronok baca tiape entry akak..cuma tak sempat je nak comment..makin bz..:)

SevenDrops said...

Salam Mama2D,

Terima kasih sebab selalu menjenguk.... akak rasa macam you all ke rumah akak je! Akak pun selalu mengintai fotopages you... tahu sedikit sebanyak cerita Daniyal.. anda berdua memang tabah menghadapi ujian yang getir..tapi syukur ada di sana... cepat dapat perhatian pihak-pihak yang terlibat!

Good luck.. semoga berjaya merentas perjalanan PhD.

Anonymous said...

Assalamualaikum ........... Cu , maksu & c.o syukur ......... tahniah daripada kami....