Wednesday 27 January 2010

"Let it Snow at I-City"

Setiap hari kami akan melintasi tanda arah ke i-City. Bandar kecil ini katanya bertaraf super-coridor. Walaupun hanya sepelaung dari rumah kami, tidak pula terlintas untuk berjalan-jalan di situ. Cuma, sebelum menyambut tahun baru 2010, bandar I-City telah dimandikan cahaya dengan pelbagai bentuk lampu-lampu yang nampak dari jauh bergemerlapan dan 'berjatuhan (macam air hujan)'. Lalu, kamipun cuba mengintai apakah yang ada di lokasi tersebut. Terjumpalah kami satu notis kecil... "datanglah untuk merasa salji"! Maka, kami beramai-ramai ke sana. Betullah harapan Gem 5 suatu masa dulu.. .... "I wish I can play snow in the warm weather..".. nampaknya beginilah caranya kami membelai salji di Shah Alam! Bukan dingin salji yang didamba.. cuma masing-masing duduk bertafakur menghitung nostalgia. Esok masih ada .. moga Allah kabulkan lagi mimpi-mimpi kita yang seterusnya ....

Lampu-lampu cantik dengan pelbagai bentuk... bilik pun dingin dengan 6 penghawa dingin!

Ada 'snow man'

Ada 'white swan'

Gem 3 pula di sudut ini..

Semua Gem ada di sini..

Gem 7 paling teruja! Untuk memeriahkan suasana.. kami pakaikan baju T England!

Diam-diam.. Gem 6 minta diambil gambarnya di sini...

Berebut peluk 'snow man' yang panas!
Lepas bernostalgia... kami ke taman bermandikan cahaya..
Tengoklah... pokok pun ada perbagai warna!

4 comments:

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Walau pun dekat dengan rumah, kami pun tak pernah terlntas nak menjenguk ke I-City. Menarik jugak. Mesti pergi ni.

SevenDrops said...

Salam Mentari,

Hari tu OK lah sebab ada banyak lampu... tapi sekarang dah habis lampu-lampu tu...

kak cahaya said...

ini juga yang bakal kami lalui tidak lama lagi...
mmg kami cuba sedayanya menikmati sepenuhnya kesempatan disini..tetapi masa tetap mengejar.. dan pasti meninggalkan nostalgia di sini...huhuuh
sdg cuba mengutip sbyk mungkin khazanah utk dikenang2...

SevenDrops said...

Salm Cahaya,

Ni yang jealous nih... kutip jangan tak kutip... semuanya nanti adalah khazanah kenangan yang tak boleh dibeli!