Persona Muslim:
Mamat berusia 23 tahun. Mamat suka makan dan tidak memilih apa saja makanan yang dihidang, asalkan boleh mengenyangkan perut.
Idham juga berusia 23 tahun. Rakan sekolah dan sekampung Mamat. Mereka sama-sama bekerja di Kuala Lumpur, di pejabat swasta yang berbeza. Tidak seperti Mamat, Idham amat berhati-hati tentang makanan yang dimakan. Beliau mahu memastikan makanan yang masuk ke perutnya benar-benar bersih dan suci.
Senario:

Dalam perjalanan pulang ke kampung untuk beraya Aidil Adha, Mamat dan Idham, yang berkongsi kereta, merasa agak lapar dan mencari-cari kedai di jalanan untuk mengisi perut. Kebetulan, di sepanjang jalan kiri dan kanan ketika itu ada deretan gerai yang menjual Mee Rebus. Dalam banyak-banyak pilihan, Idham memilih untuk berhenti makan di gerai Pak Malik Sungai Dua yang ada tertulis "Mee Rebus Telur Basuh".
Tanya Mamat,"Gerai ni mee nya sedapkah"?
Kata Idham, "Entahlah, tapi nampaknya orang ramai berpusu-pusu ke gerai ni. Tapi yang penting, telur yang digunakan berbasuh!".
Kata Mamat,"Basuh ke tak basuh, sama saja Kuman pun kalau kena api, mati!"
Kata Mamat,"Basuh ke tak basuh, sama saja Kuman pun kalau kena api, mati!"
Ketika sedang menjamah mee, Mamat dengan nada suara kecewa pun berkata, "Aku rasa sama saja sedapnya. Aku ingat ada rasa istimewa sebab menggunakan telur berbasuh! Kalau macam ni tak basuhpun tak apa. Bila masak, kuman yang melekat di kulit telur bersama sedikit najisnya, akan mati juga."
Barangkali, persona muslim seperti Mamat, ada di kalangan kita. Yang merasakan menggunakan telur berbasuh di dalam sebarang masakan, ialah perkara remeh. Alasannya, kerana kuman yang terlekat di kulit telur bersama calar-calar tahi ayam, akan mati selepas terkena bahang api masakan. Lagipun, sudah pasti juga, memasak mee rebus dengan telur berbasuh tidak akan menukarkan rasa mee rebus tersebut ke rasa kek coklat 5 tingkat!
Membasuh telur untuk seorang muslim adalah sangat dituntut bagi seorang muslim. Kenapa? Kerana untuk mengelakkan najis tercampur ke dalam makanan. Kenapa? Kerana makanan yang bercampur najis hukumnya haram dimakan. Jika dimakan makanan haram, ia akan mengotorkan hati. Hati yang kotor tidak takut kepada Tuhan, tapi ia lebih takut kepada kepada kekuasaan kuman. Hati yang kotor mengajak empunya nya menjadi engkar kepada perintah Tuhan! Takutilah kepada hati yang kotor.
Membasuh telur sebelum digunakan untuk sebarang masakan, bukan perkara remeh dan boleh diabaikan. Ingatlah.
Membasuh telur sebelum digunakan untuk sebarang masakan, bukan perkara remeh dan boleh diabaikan. Ingatlah.
1 comment:
stuju 200% dengan entri ni. sy pon slalu macam tu. sebelum simpan dalam peti ais da basuh siap2.. sebelum masak tu pon basuh juga.. :)
Post a Comment