Beberapa bulan lepas, berita kegagalan untuk mengejar sesuatu telah rasmi sampai di tangan. Maka, ketika itu perasaan bukan sedih tetapi bertukar menjadi marah. Marah atas bermacam alasan, pada manusia dan polisi: pada manusia yang mereka-reka polisi yang berubah-ubah seperti air pasang surut.
Tapi rahmat Allah tidak datang hanya kerana kita berjaya. Kadang-kadang kegagalan datang untuk 'membuka' seribu kemungkinan pilihan yang tidak disedari. Jika ditenung dan direnung, pilihan di hadapan berkali ganda lebih baik dari yang dikejar sekarang.
Terima kasih Allah, kerana membuka mata dan hatiku untuk melihat pintu - pintu kebaikan di hadapan yang terselindung dulu.
No comments:
Post a Comment