Tuesday, 14 February 2012

Sekolah

Apabila Gem 7 bersekolah, suasana menjadi agak kalut. Barangkali Gem 7 tidak pandai menyembunyikan homework nya! Saban hari termasuk cuti sekolah, banyak betul homework yang dibekalkan. Kadang-kadang bilangannya tidak logik akal. Aduhai..... banyak kali sungguh saya mengeluh. Isu homework banyak dan isu beg berat. Kadang-kadang belas kasihan melihat tubuh kecil anak mengendong beg boleh mengalirkan air mata. Sudahlah berat, terpaksa pulak memanjat tangga-tangga. Agaknya, anak-anak kita akan menjadi  segagah Jackie Chan suatu hari nanti kerana telah berlatih mengusung beg berat bertahun-tahun lamanya. Isu beg berat isu yang tidak selesai. Isu bebanan homework berlebihan, juga isu yang tidak selesai. Ia bukan penyelesaian dari bawah. Ia perlu bermula di atas - yang mempunyai kuasa membentuk polisi.

Ahh.... lalu kenangan lama muncul lagi. Betapa saya sangat menghargai setiap detik ketika dapat melarikan anak-anak selama 5 tahun dari sistem persekolahan yang membebankan ini. Ia bukan cerita dongeng - anak-anak menangis untuk ke sekolah walaupun cuti hanya hujung minggu! Apatah lagi jika bercuti panjang, puas dipujuk dan dibawa berjalan-jalan. Kuasa magnet sekolah menarik anak-anak dengan kuat. Maka proses pembelajaran menjadi bukan terpaksa. Ia dilalui dengan rasa ceria dan bermakna. Otak tidak payah diterjah dengan tekanan peperiksaan. Badan tidak payah menanggung bebanan buku-buku yang ikut jadual atau tidak mengikut jadual - beratnya begitu! Ibu bapa tidak payah memikirkan untuk membeli buku atau alatan persekolahan - semuanya percuma. Ia bukan cerita  dongeng. Anak-anak seusia 5 tahun sudah boleh menulis karangan pendek. Tumpuan utama pembelajaran adalah untuk membaca dan mengira. Maka dalam membaca anak-anak didedahkan dengan pelbagai perkara dan isu semasa.

Tentang guru? Usah ditanya. Mesra. Kadang-kadang otak selalu berfikir bagaimana mereka dapat melakukannya. Apa pendapat Gem 7 tentang guru-gurunya? Apabila ditanya,"Do you like your teachers? Jawapannya - diam. Atau 'my teacher - garanggggggg! Pernah kami bertanya pernahkah Gem 7 didenda guru. Gem 7 dalam keadaan kurang sedarpun bercerita... "Ohhhh... my teacher pinched my butt or nose or arm!". Baru sebulan ke sekolah - itulah kenangannya... Jika ditanya,"Do you like your school?". Jawapannya - diam atau bercerita tentang topik lain. 

Uhhhhhh.... right now I really missed the time when my children really love their schoolsssssssssss.......

4 comments:

mulan said...

Saya dah mula risau tentang cabaran yg akan dihadapi oleh anak anak apabila pulang ke Malaysia. Bila la keadaan nak berubah???Paling saya tak suka cikgu/sistem sekolah yg amat suka melabel/classifykan budak.Tumpuan diberi kepada kelas pandai/budak pandai. Macam tak faham faham perkembangan budak ni berbeza,tak mustahil ada yang 'late bloomers'. Sepatutnya kita bagi galakan/tumpuan yg sama rata.
Maaf sedikit emosi...maklumlah hati ibu...

Anonymous said...

Mulan,

Memang emosi.... dok lah lama-lama kat sana!


Sevendrops

NURAZZAH8 said...

Salam,

sebab itu akak hantar semua anak-anak akak bersekolah di sekolah private, walaupun itu bermakna akak dan suami terpaksa memperuntukkan sejumlah $$$$ yang sangat besar untuk membayar yuran sekolah. Kami rela demi untuk pembelajaran dan pendidikan anak2...kami anggap itu sebagai suatu pelaburan.... kami tidak ada kereta mewah, tidak ada rumah besar...tidak ada harta bertimbun... harta kami hanyalah anak-anak ....

walaupun sek private di sini, tidak lah sebagus sek di luar negara sana, tetapi keadaannya lebih terjaga dari sek kebangsaan ...

wallahu'alam..

Anonymous said...

Nurazzah8,

Hu..hu...dah cuba nak hantar Gem 7 ke situ, tapi 'dia lari'!

Harta anak = harta yang kekal abadi.

Anak-anak sebenar-benar kekayaan, di dunia dan di akhirat.

Syabas azzah... kagum sebenarnya istiqamah azzah tu..

sevendrops