Multitasking merupakan satu istilah untuk menggambarkan sesuatu objek boleh melakukan pelbagai perkara di dalam satu masa. Ia salah satu istilah popular di dalam bidang sains komputer kerana selalunya komputer di zaman moden ini berkeupayaan melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa. Contohnya, ketika kita mendengar ceramah atau lagu dari Youtube, kita boleh pula sambil-sambil ber facebook dan pada masa yang sama kita menulis dengan menggunakan Microsoft word. Maka, multitasking merupakan salah satu kejayaan manusia dalam merekabentuk komputer yang boleh berkelakuan begitu. Keupayaan itu jika diperkatakan pada zaman dahulu kala, maka ianya akan dianggap satu keajaiban yang amat sangat.
Dan kita hampir lupa bahawa sesungguhnya Allah telah menjadikan kita secara fitrah bermula dengan Nabi Adam (saw) sebagai seorang manusia yang wajib memikul beberapa tanggungjawab secara multitasking. Bayangkan di dalam sehari semalam, kita berpindah randah dari satu tugas ke satu tugas yang lain mengikut peredaran jam, hari, bulan dan tahun. Ada kala kita berfungsi sebagai hamba Tuhan, sebagai pengikut Nabi Muhammad, sebagai pekerja, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai cucu, sebagai ahli jawatan kuasa, sebagai... pelbagai. Maka keunggulan multitasking, secara fitrah datang dari Allah. Dan pelbagai tugasan kita berpandukan jadual peredaran bulan dan matahari, seperti yang tertera di dalam Surah Yunus berikut:
Surah Yunus
Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). (5)
Maka, apabila manusia mereka-reka jadual tertentu dengan tujuan untuk mengawal tugasan-tugasan lain yang ditanggung oleh manusia lain pada waktu yang sama, apakah takrifnya itu? Contohnya, WAJIB melakukan hanya tugas-tugas khas di dalam sesuatu tempoh tertentu ATAU Tidak dibenarkan sama sekali (HARAM) melakukan sesuatu tugas lain di dalam tempoh ini... Fikir semula... fikir semula ... apakah manusia ingin jadi Tuhan? Dan menafikan fitrah kejadian manusia yang sememangnya multi tugasan!
2 comments:
I will never get my thesis submitted if I did not fully utilise my "multi-tasking mode" through out this journey.
Mulan,
Kadang-kadang manusia tidak akur bahawa manusia mesti hidup dalam multitasking secara harmoni.
sevendrops
Post a Comment