Tuesday, 22 January 2013

Sehalus Tulang Ikan

Ketika makan malam pada 21/1/2013, tiba-tiba terasa tulang kecil tertusuk di sempadan anak tekak. Terus terasa tidak selesa. Hendak diluah, tidak keluar. Hendak ditelan, tersangkut. Jika dimasukkan jari, jari dapat merasa tulang itu tertanam di atas. Ditolak, tidak berganjak. Ditarikpun, ia masih di situ. Aduhai...

Lalu, bermacam-macam cara dilakukan. Telan air bersama ketulan nasi. Makan kurma yang tidak dikunyah. Minum air biasa. Minum air Zam-Zam. Ia masih degil tertusuk di situ.

Akhirnya, tulang itu dibawa tidur. Dengan harapan, ia akan hilang ketika bangun nanti. Jika tidak, saya membayangkan perlu ke klinik atau jika tidak ke klinik mungkin ia masih terlekat di situ dan bernanah. Bermacam-macam yang datang difikiran.

Ketika bangun di waktu dinihari, tulang itu masih di situ. Lalu, terdetik di hati untuk berdoa ketika waktu yang diwartakan mustajab doa. Sebaik doa dilafazkan, tulang itupun hilang. Sekelip mata.

Alhamdullillah.

Ia sangat-sangat mengajar untuk diri sendiri yang selalu terlupa bahawa biarpun sekecil-kecil musibah seperti ditusuk oleh tulang yang halus, diri yang lemah sentiasa memerlukan pertolongan Tuhan.

2 comments:

kak cahaya said...

Allah nak tengok sejauh mana yakin kita padaNya..selalu kita bergantung pada usaha kemudian baru Allah makbulkn..tetapi kdg2 kita lupa kun fa yakun..(sedang muhasabah diri sendiri juga)

Anonymous said...

Kak Cahaya,
Begitulah. Sekecil-kecil perkara, Allah menguji.

sevendrops