Tuesday, 26 March 2013

Di Lost World of Tambun

Pada Sabtu lepas kami sekeluarga ke Lost World of Tambun. Menziarah Gem 3 sambil menemukan kesemua anak-anak sempena musim cuti sekolah. Bertolak dari Shah Alam sekitar pukul 4 pagi dan sampai ke Tronoh sekitar 7.30 pagi. Selepas bersarapan, terus menuju ke Lost World of Tambun. Biasalah.. cuti sekolah, ramailah pelawat. Tapi tidaklah sesesak di Bukit Gambang dahulu. Berkumpullah kami sekeluarga sambil beriadah.

 Beraksi sebagai pelombong bijih timah
 Gem 5 bersama Pak Cik yang mesra
 Lima sekawan di atas gajah
Praktikal melombong bijih
 Hasil bijih yang diperolehi
 Tinggi lompatan Leap of Faith (20 meter dari atas tanah) dan Gem 3 bersama Gem 5 berani mencuba sebanyak dua kali seorang.
Aksi Gem 3 sebelum melompat ke bawah!

Gem 4 dan Gem 6 tidak berani mencuba Leap of Faith tetapi berani mencuba Flying Fox yang merentasi tasik. Kesimpulannya... anak-anak lebih berani mencuba sesuatu yang mencabar. Ibu bapa melangut di bawah sekadar memberi sokongan moral!

Selepas kepenatan, kami bertolak ke Hotel Syuen. Menarik hotel ini kerana ada Wifi percuma sehingga ke setiap bilik!

Esoknya, kamipun beransur pulang. Hantar Gem 3 ke UTP dan kami bertolak ikut jalan tanpa tol. Bersantai-santai bersama kesesakan jalan.. akhirnya sampai di rumah sekitar pukul 9.30 malam! Penatnya......

2 comments:

Penjejak Mimpi said...

Dah dekat sgt dgn rumah family sy tu kak Nas... tp sy sendiri belum pernah sampai ke Lost World tu.. :)

Anonymous said...

Penjejak Mimpi,

Oh... orang Perak ke... Biasalah macam tu, orang dekat tak pergi, orang jauh yang datang. Oklah jugak ..Nice experience!

Sevendrops