Pada 16 Feb - 26 Feb 2013, dengan izin
Allah, kamipun mendarat di bumi yang dirindui itu. Berlepas sebagai
penumpang kumpulan pertama pesawat komersial Air Asia ke sana.
Bermula dengan penerbangan istimewa yang diraikan, sehingga tiba ke
Madinah juga di dalam keadaan istimewa. Di Madinah, kami diberi bilik pada paras khas dengan
beberapa lif yang hanya berkhidmat untuk paras itu sahaja. Sepatutnya,
kata mereka paras itu bukan dijadualkan untuk kami. Tapi, sudah tersurat
untuk kami sebagai rezeki, Alhamdullillah. Tiba di Mekah juga begitu. Bilik yang
ditempah hanyalah sekadar untuk menatap bangunan Masjidil Haram. Itu
saja yang mampu. Tetapi, sebaik tiba, bilik yang diminta ditukar kepada
bilik yang memiliki pemandangan Kaabah, tepat memandang ke rukun Yamani. Entah
atas alasan teknikal apa, keinginan berpeluang menginap di bilik
sebegitu dimakbulkan Tuhan tanpa kos tambahan. Maka, secara keseluruhan,
perjalanan dan penginapan ke sana sangat istimewa. Seperti yang
didoakan. Maha Suci Allah yang memakbulkan doa-doa.
Ketika
airmata berjurai-jurai sujud bersyukur atas keinginan yang dimakbulkan,
hati memahat azam semoga keistimewaan yang direzekikan Tuhan itu tidak
disia-siakan. Akan digunakan dengan sepenuhnya untuk mengabdikan diri
hanya semata-mata beribadat kepada Allah. Mudah-mudahan ia bukan sekadar
menjadi tetamu yang istimewa di bumi yang barakah itu, tetapi juga ia
mendorong untuk menjadi hamba yang istimewa di sisi Tuhan. Itulah tujuan
yang hakiki. Seperti yang angan-angankan.
Tetapi
di sebalik keistimewaan yang diberikan Allah itu, apakah ianya telah
digunakan dengan sebaik-baiknya? Apakah prestasinya? Prestasinya sekadar
lulus gred C! Tidak ada yang istimewa, cuma sekadar biasa-biasa. Sedih.
Dan kesedihan itu terbawa-bawa pulang Cuma kesedihan sedikit reda apabila Gem 1 berkata, kita rancang semula untuk tahun hadapan. Ya Allah.. Jemputlah kami semula. Ya Allah.. Jemputlah kami semula. Kali ini dengan berbekalkan objektif yang sama, semoga terungkai kecewa setelah sasaran prestasi tidak mengena. Untuk menenangkan jiwa, maka berkali-kali disebut semula - kita hanya merancang. Tapi jauh di sudut
hati tidak dapat melupakan plan A yang akhirnya bertukar entah menjadi plan yang ke berapa. I should stick to Plan A. I should stick to Plan A! Tetapi, jika ditenung semula dari perspektif yang berbeza... ia ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya slogan "Istanbul aku datang" yang diisytiharkan awal tahun ini sudah berganti menjadi "Labbaikallah... Labbaikalllah". InsyaAllah.
Hotel As-Safwah dalam kenangan
No comments:
Post a Comment