Tuesday, 19 December 2017

Kita Hanya Merancang

Gem 7 baru mendapat keputusan UPSR dan PSRA. Keputusan PSRAnya tersurat seperti yang diharapkan. Tetapi keputusan UPSRnya tidaklah sebegitu. Maka, ada riak-riak kesedihan kerana ia akan membataskan peluang ke sekolah idamannya.

Tapi perancangan Allah tidak kita tahu. Di akhirnya, Gem 7 dapat ke sekolah idamannya dengan menggunakan keputusan sedia ada sahaja. Sungguh, kita tidak tahu. Bila pintu rezeki terbuka, ia bukan hanya satu. Ia berpintu-pintu. Jika, sudah tersurat, maka .. masuklah dari mana-mana pintu yang telah dibukaNya.

Lalu, saya terbayang.. betapa Allah mendengar doa hambaNya di sepertiga malam. Terkenang kegigihan Gem 7 menyatakan hasratnya di ketika itu dengan tekun dan sungguh-sungguh. Sungguh.. Allah Maha Mendengar.

3 comments:

Farah Abdul Aziz said...

gem 7 sekolah mana kak?
farah

SevenDrops said...

Hai Farah...

Dapat SAMTAJ Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jamaah. Dekat Masjid Negeri tu.

Farah Abdul Aziz said...

bagus sekolah tu kak... semoga terus success gem7.