Wednesday, 28 May 2008

Meredah Snowdonia, Wales

Pada 24/5/2008 kami bersama-sama keluarga Baha & Yati, Ustaz Din & isteri, Zul & Farah dan Hisyam Gebeng & Azlina (28 ahli termasuk 18 kanak-kanak) telah meredah ke barat England menuju ke Snowdonia, Wales. Ini kali ketiga kami ke Wales: kali pertama menginap di karavan, kali kedua menginap di rumah Wajdi dan Laili dan kali ini, kami bercadang menginap di khemah.

Kami bertolak sekitar pukul 7.40 pagi menuju ke pantai Barmouth sebelum tiba di tempat perkhemahan.


Tiba di Barmouth, cuaca agak cantik, tetapi angin bertiup kencang. Kami bersantai di sini sambil makan-makan, main pasir dan menyusur pinggiran pantai.


Angin bertiup kencang.....


Di persisiran pantai Barmouth... tidak terlalu cantik, tapi bersih


Sedapnya menjamu selera!.... rajin cik Azlina kita bawa kuih bakar, kek gula hangus, tortilla.....


Selepas penat bersiar-siar.... bertenggek sebentar di tembok ini..

Kemudian, kami bertolak menuju ke kawasan perkhemahan yang ditempah. Beginilah lokasi perkhemahan kami. Damai mata memandang. Di kiri kanan, ada bukit-bukau, ada biri-biri, ada kuda, ada tasik. Terasa kerdil diri apabila terpaku mengagumi pemandangan bak 'poster', milik Allah.


Lokasi perkhemahan, terletak di lembah

Kami minta pemilik kawasan perkhemahan ini menempatkan kami di lokasi yang terpencil sedikit......

Dan... kanak-kanak boleh bermain bebas di padang yang luas....

Sementara itu, yang dewasa... mendirikan khemah...


Gem 3 sibuk memasang khemah


Tadaa..... khemah kami dah siap... ada satu ruang tamu dan dua bilik tidur...

Selepas mendirikan khemah... hah..apa lagi... keluarkan semua alat-alat dan bahan-bahan untuk pesta barbeque...


Dah lapar nih!... lambat lagi ke nak masak????

Selepas makan-makan (ada pelbagai rasa ayam panggang, kambing panggang dan yang bestnya, udang panggang), kami pun berkira-kira untuk tidur. Suhu makin menurun dan angin bertambah-tambah kencang. Melentuk liuk tiang khemah. Ada yang boleh memejamkan mata, ada yang masih terkebil-kebil menahan kesejukan dan ketidakselesaan. Uhhh... paling mencabar ialah apabila bangun untuk sembahyang Subuh (waktu subuh sekitar pukul 2.40 - 4.40 pagi).. dengan terpaksa merentas padang menuju ke tandas di dalam kegelapan dan kedinginan pagi, ditambah pula tiada bekalan air panas.... grrr.... sejuk..sungguh sejuk....

Esoknya, selepas bersarapan, kami pun bersiap-siap untuk ke Llanberis. Llanberis merupakan satu lokasi pelancongan di Wales.

Dalam perjalanan, Gem 2 dan Gem 3 bergambar berlatarbelakangkan lokasi perkhemahan

Sesampai di Llanberis, kami bersepakat untuk menaiki 'Snowdon Star' cruise, untuk mengelilingi tasik Llanberis. Sementara menunggu cruise tiba, kanak-kanak melontar batu ke tasik...


Lontar..lontar.... sapa paling jauh....

Gem 1 dan Gem 2 bergambar berlatarbelakangkan 'Snowdon Star Cruise' yang sedang menuju ke pangkalan


Gem 3,4,5,6 dan 7 menanti Snowdon Star memulakan perjalanan


The 'boys'



Keretapi 'Thomas' sedang melintasi... dah naik keretapi tu dulu ....

Melintasi rumah ini di pertengahan perjalanan mengelilingi tasik Llanberis, tasik kedua terbesar di Wales selepas tasik Bala


Cantiknya lukisan asli di bumi Allah


Selepas mengelilingi tasik Llanberis, kami singgah di sini untuk makan tengahari..

Kebiasaannya..anak-anak tidak berminat untuk makan... mereka ada aktiviti sampingan lain yang lebih menarik..

Selepas makan, kami melawat kilang 'slate'. Kemudian, kami semua menuju ke Bangor untuk upacara menangkap ikan dan ketam. Kami pulang ke tapak perkhemahan sudah lewat malam. Angin bertambah kencang (dilaporkan di dalam akhbar Metro, kelajuan angin sehingga mencecah 70 batu sejam!). Khemah kami melentuk liuk... kadang-kadang kelihatan hampir menyembah bumi. Selesai sembahyang Isyak pada sekitar pukul 1.30 pagi, kami mengambil keputusan untuk menunggu waktu Subuh yang akan muncul sejam sahaja lagi. Keadaan waktu itu sungguh mencabar keimanan... sejuk, angin kencang dan gelap gelita. ..... dalam hati terkadang berkata..."buat apa la mai sini untuk bersusah-susah..."! Tadi pengalaman sembahyang di tengah-tengah padang, dalam gelap, sejuk, sunyi dan angin bertiup kencang masih terpahat syahdunya. Malam itu, kami sekeluarga tidur berhimpit-himpit untuk memanaskan badan. Sesekali, terasa besi khemah melentok hampir mengenai muka. Bila terjaga, matahari sudah meninggi. Mood untuk memasak sudah hilang ditiup angin kencang...kami sekeluarga makan Maggi Mee saja.... Lepas tu..dah kena kemas khemah.



Sibuk berkemas..


Gambar beramai-ramai sebelum bertolak balik..

Dalam perjalanan pulang, sempat juga kami singgah di Stoke untuk upacara membeli pinggan mangkuk....


Kami sampai di Nottingham sekitar pukul 7.00 malam... masing-masing berteriak gembira apabila nampak jalan ke rumah..... nikmatnya dapat pulang ke rumah sendiri... "there's no place like home!!!!".


Selepas mengangkat barang-barang ke dalam rumah, kami berangkat ke rumah Hisyam Royal dan Niza... terima kasih kerana sudi menjemput kami untuk makan malam... nikmat sungguh apabila dijemput ketika keletihan .... moga Allah membalas kebaikan anda sekeluarga....









Friday, 23 May 2008

Berkelana ke Eropah: Belgium dan Belanda - Siri 2

Selepas menikmati makanan istimewa Volendam, kami bersiar-siar di pinggiran pantainya. Banyak perahu layar berlabuh di sini. Pemandangannya sungguh cantik.


Perahu-perahu yang berlabuh...


Selepas bersiar-siar di Volendam, kami menuju ke kilang membuat Cheese dan Clog (terompah 'trade mark' Belanda).


Di depan kilang cheese dan clog


Gem 1 meneliti cheese selepas selesai sessi taklimat penghasilan cheese


Kami juga diberi taklimat bagaimana clog dihasilkan.


Kemudian... kami sama-sama mencuba clog gergasi ni!







Bersama mencuba clog gergasi!


Selesai melawat kilang cheese dan clog, kami bertolak ke bandar Amsterdam. Perut masing-masing sudah berkeroncong... lalu terjumpalah kedai makan pak Arab, dapatlah makan nasi di tengah-tengah bandar Amsterdam.

Cari..cari... cari kedai makan!

Dah kenyang... baru boleh jalan-jalan....

Di tengah-tengah bandar Amsterdam


Di bandar Amsterdam, kami berkesempatan menaiki cruise menyusuri terusan-terusannya yang banyak.

Menunggu giliran menaiki cruise


Juga menunggu giliran menaiki cruise....

Ummm.. kami juga nak naik cruise!

Akhirnya..dapatlah kami menaiki cruise.... Dalam perjalanan, terjumpa satu keunikan di sini - ada Botel (Bot yang dijadikan hotel).

Contoh Botel


Pemandangan di pinggiran terusan




Ni lagi.. Botel!


Sebaik cruise mendarat, kami menuju ke tempat pertemuan untuk kembali ke tempat perkhemahan..

Menanti untuk pulang ke tapak perkhemahan


Bas tak sampai lagi...Masing-masing ambik peluang merehatkan kaki..dah nak kejang...


Apapun.. pengalaman di Belanda amat menarik. Belanda bandar unik. Penuh dengan terusan air.. dan yang penting sungguh bersih. Sedih pulak mengingatkan sungai-sungai kita yang dipenuhi sampah dan tercemar. Di sini, sungai dan terusan terjaga. Pengangkutan air dan darat, tampak sama-sama penting. Ada satu lagi yang menarik.. rata-rata, rakyatnya berbasikal. Kalau tak silap ingatan, 'tourist guide' ada menyatakan, kerajaan Belanda memberi subsidi basikal kepada rakyatnya untuk memupuk budaya berbasikal.

Belanda bandar damai. Gem 1 pernah bertanya.. kalau diberi pilihan untuk bermastautin, negara mana yang hendak dipilih? Dia pilih Belanda. Saya? Banyak negeri lagi untuk dilawati...


Wednesday, 21 May 2008

Berkelana ke Eropah: Belgium dan Belanda - Siri 1

Berkelana ke Eropah merupakan satu koleksi catatan kami sekeluarga kembara ke lapan negara di benua Eropah pada tahun 2004 - sebenarnya dikira 9 negara jika dikira Monaco dan Vatican City yang memiliki pemerintahan sendiri. Kami mengambil keputusan untuk mengembara melalui tour group 'Kelana Konvoy', milik pemuda Melayu di kota London. Kelana Konvoy menawarkan perkhidmatan merentas benua Eropah dengan menggunakan bas. Untuk lebih menjimatkan kos, kami memilih untuk berkhemah sepanjang pengembaraan kami. Pasti amat mencabar, 16 hari berkhemah di bumi asing! Namun, berpaksi pada cita-cita silam yang ingin dikotakan dengan kos yang agak rendah (tapi aduiiii.... sebuah kancil tunaiii...) , kami pasrah. Woitt!.... Berkhemah kat sini tahapnya lima bintang... ada semua kemudahan termasuk kolam renang... best gitu!


Hari Pertama

Pengembaraan kami bermula seawal 3.00 pagi. Kami bertolak dengan van daripada Nottingham ke kota London bersama-sama dengan keluarga Roslan dan Hamimah (yang juga mempunyai empat anak). Selepas dua jam setengah perjalanan, kami diturunkan di pinggiran Hyde Park untuk menaiki bas. Kami bertolak tepat pada waktunya menuju ke pelabuhan Dover. Masih ingat dengan Malek, si perenang Selat Inggeris Malaysia?... Ya .. selat itulah yang telah kami rentasi untuk berlabuh di pelabuhan Calais, Peranchis, dengan menaiki feri lapan tingkat. Selat Inggeris merupakan selat yang sibuk, banyak kapal-kapal besar bersimpang siur.

Pemandangan tebing putih iaitu 'trade mark' Pelabuhan Dover

Pelabuhan Dover yang ditinggalkan

Berada di feri, tingkat paling atas



Ini khemah kami, lain dari yang lain sebab bawa sendiri punya.. he..he.. Gem 4, 5 dan 6 ketawa di sebalik khemah




Pada hari tersebut kami telah merentasi negara Peranchis dan Belgium untuk terus menuju ke kawasan perkhemahan yang hampir dengan bandar Amsterdam. Sesampai di kawasan tersebut, kami terus menyiapkan khemah sambil berkenal-kenalan dengan teman-teman seperjalanan. Meriahnya suasana dengan dua bas penumpang termasuk 43 kanak-kanak. Selepas khemah siap, boleh tolong-tolong masak (kalau rajin...). Kalau tak, duduk-duduk saja sambil menunggu untuk makan malam dan seterusnya...tidur...zzzzzzz.....



Hari Kedua

Hari kedua bermula dengan lawatan ke kincir angin (windmill). Belanda terkenal dengan kincir anginnya.

Berlatar belakangkan kincir angin dan rumah peladang berbangsa Dutch


Eii... gemuknya biri-biri nih!


Ini rumah tuan biri-biri. Di tepi rumahnya ada biri-biri, di depannya ada kincir angin


Berdekatan dengan kincir angin tadi, terletak rumah ini. Gambar ini diambil untuk kononnya menjadi contoh design rumah idaman kami


Dari melawat kincir angin, kami ke perkampungan nelayan Dutch yang mempunyai pemandangan yang cantik, Volendam. Di Volendam, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan memakai pakaian tradisional orang Dutch... ala.. macam baju di label susu cap Junjung tu!.. Ada dua kedai yang menawarkan perkhidmatan tersebut.. kami memilih kedai di bawah...

Di depan kedai untuk bergambar dengan pakaian tradisional Dutch

Ha... inilah hasilnya... Terima kasih untuk semua Gems sebab begitu sporting berposing!

Dalam gambar tu..seriusnya Gem 6... dia baru 3 tahun lebih..., Gem 5 gembira sebab dapat pegang ikan. Yang lain-lain semua ada benda yang dipegang... ahh.. best sungguh!


Sambil menunggu gambar siap, kami sempat menikmati makanan 'special' kat sini... ala-ala 'pan cake'... dah lupa dah rasanya macam mana... al maklumlah.. sudah hampir empat tahun berlalu baru berkesempatan untuk mencatat semua kenangan kembara kali ini ....


Menunggu giliran untuk membeli 'pan cake' istimewa

Jeng..jeng..jeng.... bersambung ke siri kedua... banyak sangat gambar nak 'upload' da.....

Tuesday, 20 May 2008

Sepetang di Mundy, Derbyshire

12 May yang lepas kami dijemput oleh keluarga Taufik & Suhaili bersama Nizam & Mazlina, Zul & Farah dan Khairi & Mashitah untuk ber 'BBQ' di Mundy, Derby. Mundy merupakan satu 'play centre' yang luas dilengkapi dengan kemudahan 'open swimming pool', berkayak, berkeretapi, ber 'donkey', 'jungle tracking', padang yang luas dan taman permainan.


Inilah aktiviti kami: