Berkelana ke Eropah merupakan satu koleksi catatan kami sekeluarga kembara ke lapan negara di benua Eropah pada tahun 2004 - sebenarnya dikira 9 negara jika dikira Monaco dan Vatican City yang memiliki pemerintahan sendiri. Kami mengambil keputusan untuk mengembara melalui tour group 'Kelana Konvoy', milik pemuda Melayu di kota London. Kelana Konvoy menawarkan perkhidmatan merentas benua Eropah dengan menggunakan bas. Untuk lebih menjimatkan kos, kami memilih untuk berkhemah sepanjang pengembaraan kami. Pasti amat mencabar, 16 hari berkhemah di bumi asing! Namun, berpaksi pada cita-cita silam yang ingin dikotakan dengan kos yang agak rendah (tapi aduiiii.... sebuah kancil tunaiii...) , kami pasrah. Woitt!.... Berkhemah kat sini tahapnya lima bintang... ada semua kemudahan termasuk kolam renang... best gitu!
Hari Pertama
Pengembaraan kami bermula seawal 3.00 pagi. Kami bertolak dengan van daripada Nottingham ke kota London bersama-sama dengan keluarga Roslan dan Hamimah (yang juga mempunyai empat anak). Selepas dua jam setengah perjalanan, kami diturunkan di pinggiran Hyde Park untuk menaiki bas. Kami bertolak tepat pada waktunya menuju ke pelabuhan Dover. Masih ingat dengan Malek, si perenang Selat Inggeris Malaysia?... Ya .. selat itulah yang telah kami rentasi untuk berlabuh di pelabuhan Calais, Peranchis, dengan menaiki feri lapan tingkat. Selat Inggeris merupakan selat yang sibuk, banyak kapal-kapal besar bersimpang siur.
Ini khemah kami, lain dari yang lain sebab bawa sendiri punya.. he..he.. Gem 4, 5 dan 6 ketawa di sebalik khemah
Pada hari tersebut kami telah merentasi negara Peranchis dan Belgium untuk terus menuju ke kawasan perkhemahan yang hampir dengan bandar Amsterdam. Sesampai di kawasan tersebut, kami terus menyiapkan khemah sambil berkenal-kenalan dengan teman-teman seperjalanan. Meriahnya suasana dengan dua bas penumpang termasuk 43 kanak-kanak. Selepas khemah siap, boleh tolong-tolong masak (kalau rajin...). Kalau tak, duduk-duduk saja sambil menunggu untuk makan malam dan seterusnya...tidur...zzzzzzz.....
Hari Kedua
Hari kedua bermula dengan lawatan ke kincir angin (windmill). Belanda terkenal dengan kincir anginnya.
Berdekatan dengan kincir angin tadi, terletak rumah ini. Gambar ini diambil untuk kononnya menjadi contoh design rumah idaman kami
Dari melawat kincir angin, kami ke perkampungan nelayan Dutch yang mempunyai pemandangan yang cantik, Volendam. Di Volendam, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan memakai pakaian tradisional orang Dutch... ala.. macam baju di label susu cap Junjung tu!.. Ada dua kedai yang menawarkan perkhidmatan tersebut.. kami memilih kedai di bawah...
Ha... inilah hasilnya... Terima kasih untuk semua Gems sebab begitu sporting berposing!
Dalam gambar tu..seriusnya Gem 6... dia baru 3 tahun lebih..., Gem 5 gembira sebab dapat pegang ikan. Yang lain-lain semua ada benda yang dipegang... ahh.. best sungguh!
Sambil menunggu gambar siap, kami sempat menikmati makanan 'special' kat sini... ala-ala 'pan cake'... dah lupa dah rasanya macam mana... al maklumlah.. sudah hampir empat tahun berlalu baru berkesempatan untuk mencatat semua kenangan kembara kali ini ....
Jeng..jeng..jeng.... bersambung ke siri kedua... banyak sangat gambar nak 'upload' da.....
No comments:
Post a Comment