Tuesday, 20 May 2008

Jejak Gemilang Silam di Andalusia - Siri Akhir

Hari Ke Enam

Hari ke enam merupakan hari terakhir kami di Sepanyol. Penerbangan ke London pula pada lewat malam iaitu pukul 10.50 malam waktu tempatan. Dalam berfikir-fikir bagaimana nak menghabiskan hari terakhir, kami semua bersetuju untuk untuk kembali ke Sierra Nevada untuk kali kedua. Mana tahu, ditakdirkan lagi kami bertemu dengan salji yang lebat. Kami bertolak dari Benalmadena agak lewat, pukul 12.00 tgh., selepas anak-anak puas berenang di kolam. Kami tiba di puncak Sierra Nevada lebih kurang dua jam kemudian.


Dan beginilah kuasa Tuhan.. permintaan anak-anak yang ingin bermain salji di dalam cuaca panas (yang difikir mustahil pada hari pertama dulu), kini dimakbulkan Allah.


Lihatlah.. kami bermain salji di bawah panas terik.... Gem 7 boleh pakai singlet!





















Selepas bersantai-santai, kami berangkat ke Granada sekitar pukul 2.00 petang. Selepas ter 'ronda-ronda' beberapa lama, kami akhirnya berjumpa kedai makan halal dan masjid. Selepas sembahyang, kami terus bertolak ke Granada Airport. Selamat tinggal Sepanyol... selamat tinggal Andalusia .... Alhamdullillah... Allah telah mengabulkan doa-doa kami yang sekian lama untuk ke sini (cita-cita waktu zaman sekolah!) dan telah menjadikan kembara kami kembara terindah. Banyak kesimpulan yang boleh dibuat sepanjang kembara ini .. tapi yang pentingnya..... DI MANA ADA CITA, IDAMKANLAH.. MOGA-MOGA ALLAH MEMAKBULKANNYA SEBAGAI DOA KITA YANG TERSIRAT....


1 comment:

anom said...

whatta a beautiful family!