Wednesday, 28 May 2008

Meredah Snowdonia, Wales

Pada 24/5/2008 kami bersama-sama keluarga Baha & Yati, Ustaz Din & isteri, Zul & Farah dan Hisyam Gebeng & Azlina (28 ahli termasuk 18 kanak-kanak) telah meredah ke barat England menuju ke Snowdonia, Wales. Ini kali ketiga kami ke Wales: kali pertama menginap di karavan, kali kedua menginap di rumah Wajdi dan Laili dan kali ini, kami bercadang menginap di khemah.

Kami bertolak sekitar pukul 7.40 pagi menuju ke pantai Barmouth sebelum tiba di tempat perkhemahan.


Tiba di Barmouth, cuaca agak cantik, tetapi angin bertiup kencang. Kami bersantai di sini sambil makan-makan, main pasir dan menyusur pinggiran pantai.


Angin bertiup kencang.....


Di persisiran pantai Barmouth... tidak terlalu cantik, tapi bersih


Sedapnya menjamu selera!.... rajin cik Azlina kita bawa kuih bakar, kek gula hangus, tortilla.....


Selepas penat bersiar-siar.... bertenggek sebentar di tembok ini..

Kemudian, kami bertolak menuju ke kawasan perkhemahan yang ditempah. Beginilah lokasi perkhemahan kami. Damai mata memandang. Di kiri kanan, ada bukit-bukau, ada biri-biri, ada kuda, ada tasik. Terasa kerdil diri apabila terpaku mengagumi pemandangan bak 'poster', milik Allah.


Lokasi perkhemahan, terletak di lembah

Kami minta pemilik kawasan perkhemahan ini menempatkan kami di lokasi yang terpencil sedikit......

Dan... kanak-kanak boleh bermain bebas di padang yang luas....

Sementara itu, yang dewasa... mendirikan khemah...


Gem 3 sibuk memasang khemah


Tadaa..... khemah kami dah siap... ada satu ruang tamu dan dua bilik tidur...

Selepas mendirikan khemah... hah..apa lagi... keluarkan semua alat-alat dan bahan-bahan untuk pesta barbeque...


Dah lapar nih!... lambat lagi ke nak masak????

Selepas makan-makan (ada pelbagai rasa ayam panggang, kambing panggang dan yang bestnya, udang panggang), kami pun berkira-kira untuk tidur. Suhu makin menurun dan angin bertambah-tambah kencang. Melentuk liuk tiang khemah. Ada yang boleh memejamkan mata, ada yang masih terkebil-kebil menahan kesejukan dan ketidakselesaan. Uhhh... paling mencabar ialah apabila bangun untuk sembahyang Subuh (waktu subuh sekitar pukul 2.40 - 4.40 pagi).. dengan terpaksa merentas padang menuju ke tandas di dalam kegelapan dan kedinginan pagi, ditambah pula tiada bekalan air panas.... grrr.... sejuk..sungguh sejuk....

Esoknya, selepas bersarapan, kami pun bersiap-siap untuk ke Llanberis. Llanberis merupakan satu lokasi pelancongan di Wales.

Dalam perjalanan, Gem 2 dan Gem 3 bergambar berlatarbelakangkan lokasi perkhemahan

Sesampai di Llanberis, kami bersepakat untuk menaiki 'Snowdon Star' cruise, untuk mengelilingi tasik Llanberis. Sementara menunggu cruise tiba, kanak-kanak melontar batu ke tasik...


Lontar..lontar.... sapa paling jauh....

Gem 1 dan Gem 2 bergambar berlatarbelakangkan 'Snowdon Star Cruise' yang sedang menuju ke pangkalan


Gem 3,4,5,6 dan 7 menanti Snowdon Star memulakan perjalanan


The 'boys'



Keretapi 'Thomas' sedang melintasi... dah naik keretapi tu dulu ....

Melintasi rumah ini di pertengahan perjalanan mengelilingi tasik Llanberis, tasik kedua terbesar di Wales selepas tasik Bala


Cantiknya lukisan asli di bumi Allah


Selepas mengelilingi tasik Llanberis, kami singgah di sini untuk makan tengahari..

Kebiasaannya..anak-anak tidak berminat untuk makan... mereka ada aktiviti sampingan lain yang lebih menarik..

Selepas makan, kami melawat kilang 'slate'. Kemudian, kami semua menuju ke Bangor untuk upacara menangkap ikan dan ketam. Kami pulang ke tapak perkhemahan sudah lewat malam. Angin bertambah kencang (dilaporkan di dalam akhbar Metro, kelajuan angin sehingga mencecah 70 batu sejam!). Khemah kami melentuk liuk... kadang-kadang kelihatan hampir menyembah bumi. Selesai sembahyang Isyak pada sekitar pukul 1.30 pagi, kami mengambil keputusan untuk menunggu waktu Subuh yang akan muncul sejam sahaja lagi. Keadaan waktu itu sungguh mencabar keimanan... sejuk, angin kencang dan gelap gelita. ..... dalam hati terkadang berkata..."buat apa la mai sini untuk bersusah-susah..."! Tadi pengalaman sembahyang di tengah-tengah padang, dalam gelap, sejuk, sunyi dan angin bertiup kencang masih terpahat syahdunya. Malam itu, kami sekeluarga tidur berhimpit-himpit untuk memanaskan badan. Sesekali, terasa besi khemah melentok hampir mengenai muka. Bila terjaga, matahari sudah meninggi. Mood untuk memasak sudah hilang ditiup angin kencang...kami sekeluarga makan Maggi Mee saja.... Lepas tu..dah kena kemas khemah.



Sibuk berkemas..


Gambar beramai-ramai sebelum bertolak balik..

Dalam perjalanan pulang, sempat juga kami singgah di Stoke untuk upacara membeli pinggan mangkuk....


Kami sampai di Nottingham sekitar pukul 7.00 malam... masing-masing berteriak gembira apabila nampak jalan ke rumah..... nikmatnya dapat pulang ke rumah sendiri... "there's no place like home!!!!".


Selepas mengangkat barang-barang ke dalam rumah, kami berangkat ke rumah Hisyam Royal dan Niza... terima kasih kerana sudi menjemput kami untuk makan malam... nikmat sungguh apabila dijemput ketika keletihan .... moga Allah membalas kebaikan anda sekeluarga....









No comments: