Sunday, 1 June 2008

Berkelana ke Eropah: Jerman dan Austria - Siri 1

Sebaik meninggalkan Belanda, kami bertolak menuju ke Jerman. Di Jerman, kami singgah sebentar di St. Goar. St. Goar merupakan bandar kecil terletak di pinggiran sungai Rhine, masyhur dengan sebuah kilang 'cuckoo clock'. Cuckoo clock ialah koleksi jam yang mempunyai satu ciri utama, iaitu mempunyai burung yang akan keluar ber'cuckoo' untuk setiap genap jam. Menurut sejarah, penduduk tempatan menghasilkan cuckoo clock sebagai satu kegiatan di musim sejuk.


Tiba di St. Goar, Jerman

Setiba di St. Goar, kami terus menuju ke kedai cuckoo clock. Kami tidak memasang angan-angan untuk memilikinya, kerana harganya agak mahal, sekitar 120 Euros untuk setiap satu. Kami cuma mengabadikan beberapa gambar di dalam dan di sekitar kawasan letaknya kedai cuckoo clock:


Di dalam kedai cuckoo clock


Di depan kedai cuckko clock, ada cuckoo clock besar!


Di sekitar kedai cuckoo clock


Besarnya 'bear' ni!


Sepetang di sekitar bandar kecil St Goar, Jerman, selepas melawat kedai cuckoo clock

Kemudian, bas kami menuju ke satu lagi bandar kecil di pinggiran sungai Rhine.


Di tebing sungai Rhine

Kami diberi masa yang agak panjang untuk melawat sekitar bandar ini. Walaupun kecil, bandarnya cantik, penuh dengan bunga-bungaan yang mekar.

Salah satu bangunan yang menarik perhatian, sebab dihiasi bunga yang cantik..


Di depan kedai Mc Donald, cawangannya yang pertama di benua Eropah.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengisi perut yang sekian lama kosong. Di sini juga, kami mengambil peluang untuk 'tumpang sembahyang'. Baik juga pak cik 'cleaner' tu.. dia bagi peluang untuk kami menunaikan sembahyang di tingkat atas. Selepas sembahyang, kami berlegar-legar lagi di bandar ini.





Hari sudah makin gelap. Kami menuju ke pinggiran sungai Rhine lagi untuk menunggu bas di situ, untuk bertolak ke satu lagi tapak perkhemahan di Austria.


Berikut merupakan gambar pemandangan sungai Rhine ketika kami bersiar-siar di atas satu jambatan yang merentasinya. Sungai Rhine.... terasa seperti bermimpi apabila kaki dapat menjejak di sini.. Sungai yang selalu disebut dan dihafal ketika zaman persekolahan dulu, tak sangka, ditakdirkan Allah kami bersantai di sini.... Alhamdullillah.







Bersambung ke siri seterusnya... masih lagi berlegar-legar di Jerman, tapi kami berkhemah di negara Austria.


No comments: