Wednesday 25 June 2008

Gem 3 - Year 9 Graduation Class of 2008

Hari ini kami menghadiri majlis graduation untuk Gem 3. Cepat betul masa berlalu... baru rasanya menemani beliau sewaktu sessi suai kenal 'Year 7' (untuk tahun pertama sekolah menengah di sini), kini kami menemani beliau di akhir sessi persekolahan. Gem 3 bersekolah di Djanogly City Academy, Nottingham. Cuma sepelaung jaraknya dari rumah kami. Biarpun bertaraf sekolah biasa, sekolah tersebut telah mendapat tempat kedua terbaik di dalam peperiksaan GCSE di UK. Sepanjang tiga tahun pengajian, banyak perkara yang telah Gem 3 pelajari dan peluang yang telah direbut. Bermula dengan serba kepayahan kerana terpaksa berdepan dengan situasi baru pembelajaran, Gem 3 gigih sehingga terpilih ke dalam kumpulan istimewa pelajar 'gifted and talented' sekolahnya. Kumpulan istimewa ini dapat menyertai pelbagai aktiviti tambahan percuma kerana ditaja oleh kerajaan UK. Semoga Gem 3 akan terus berusaha dengan lebih gigih... mana tahu nanti kami dapat pula menumpang tuahnya untuk merantau ke negara asing.... amin. Bukan mudah menjadi Muslim dalam dunia mungkar... Gem 3 tabah menghadapinya ... syabas!


Gem 3 bersama-sama kawan-kawan kesayangannya.....



















No comments: