Thursday, 12 June 2008

Berkelana ke Eropah: Monte Carlo, Monaco

Kami meneruskan lagi kembara. Kali ini ke kota Monte Carlo di negara Monaco. Monaco negara bersaiz kecil, tapi kaya. Monte Carlo pula terkenal dengan judi dan kasinonya. Biarpun kecil, kedudukannya di pinggir laut, memberikan satu kelebihan padanya, iaitu pemandangannya menakjubkan.. Monte Carlo juga merupakan kota pertama yang mempunyai litar Formula 1 di tengah-tengah kotanya. Hari-hari biasa ianya hanya merupakan laluan umum yang sesak. Kami sempat melintasi litar tersebut tapi tak pula rasa untuk mengambil gambarnya... menyesal pulak..

Ke Monaco

Monaco dari jauh..

Pandangan atas kota Monte Carlo

Kami diberi masa untuk menjelajah bandar Monte Carlo. Boleh pilih sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki keretapi. Kami memilih untuk menaiki keretapi kerana tak terdaya nak berjalan dengan permukaan buminya yang berbukit-bukau.


Gem 5... macam dah tak larat nak senyum untuk bergambar...

Monte Carlo... bagai bukan realiti

Ini.. bukan istana, bukan juga rumah pembesar... tapi casino

Gem 3, merenung jauhhh...

Deretan bangunan dan kapal-kapal layar

Tak puas mata memandang...

Satu lagi lokasi menarik....


Kami berangkat meninggalkan Monaco untuk ke lokasi yang seterusnya. Monte Carlo bandar cantik dan 'terpelihara'... yang membawa maksud 'tidak nampak langsung golongan pendatang yang mendayu-dayu merayu kita beli beg... nampak beg-beg tu macam boleh didapati di Padang Besar....!!!!

No comments: