Bermalam di Austria, kali ini tapak perkhemahan lebih menarik dan ianya milik persendirian. Pemiliknya lebih peramah dan mesra. Manakala kaum bapa menyediakan khemah, anak-anak berlari riang. Sebilangan kaum ibu pula menghabiskan sebahagian malam menunggu giliran untuk mencuci dan mengeringkan baju.
Keesokan paginya kami bertolak ke Jerman lagi, melawat bandar Innsbruck, Austria. Di sana antaranya ada City gate dan kedai kristal terkenal SWAROVSKI. Di bandar ini juga terdapat landasan 'sky jump' yang dibina untuk kegunaan sukan Olimpik musim sejuk yang pernah di adakan di sini. Innsbruck bandar cantik. Banyak bangunannya dihiasi bunga-bunga yang mekar berkembang, sesekali tampak seperti bangunan yang sering dijadikan lukisan 'cross stitch'.
Selepas selesai kami berlegar-legar di bandar, bertolak pula menuju ke tempat landasan 'sky jump'. Berikut salah satu pemandangan menuju ke tempat tersebut...
Tamatlah lawatan untuk hari ini. Seterusnya kami bertolak ke Venice, Italy. Selamat tinggal Austria dan Jerman. Mungkinkah kami akan datang lagi? Hanya Allah yang mengetahui...
Berikut pemandangan ketika beredar dari Innsbruck:
No comments:
Post a Comment