Tuesday, 3 June 2008

Berkelana ke Eropah: Jerman dan Austria - Siri 2

Kami berkhemah di Austria lagi. Pagi-pagi lagi kami bertolak menuju ke Fussen. Fussen merupakan bandar pelancongan yang di kelilingi oleh gunung-ganang dan tasik. Di sini terletaknya kota Neuchwanstein yang dibina oleh King Ludwig. Istimewanya kota ini, ianya merupakan pencetus ilham buat pemilik syarikat Disney untuk kota yang terdapat di dalam cerita-cerita dongeng miliknya.

Pemandangan sepanjang jalan menuju ke Fussen amat cantik, SubhanAllah. Untungnya kami kembara dengan menggunakan bas ialah kami boleh memilih antara tidur atau menikmati pemandangan ciptaan Allah. Sambil, terasa akur jauh di sudut hati: makin jauh mengembara, makin lebih terasa Agungnya Allah, Tuhan yang memiliki apa yang yang di langit dan di bumi, dan di antara kedua-duanya.

Pemandangan indah, sejauh mata memandang

Melintasi negara Austria, ada sesuatu yang unik di sini. Mengikut 'tourist guide', kebanyakan rumah-rumah di Austria mempunyai batang pokok yang dihiasi dengan aksesori, lambang penting yang berkaitan dengan perkahwinan.

Salah satu batang pokok yang sempat dirakam



Singgah sebentar di kedai cenderamata ni...

Akhirnya, nampaklah kota yang dituju....

Kota yang menjadi ilham Disney

Setiba di destinasi, kami ada tiga pilihan untuk melihat istana tersebut dari dekat: berjalan kaki, menaiki bas atau menaiki kereta kuda. Kami memilih menaiki kereta kuda, sehala... he..he.. balik kena jalan kaki le!!

Kereta kuda yang dinaiki... tegap!... eiii.. rasa macam Cinderella la pulak!


Lakaran peta dalaman kota


Dah sampai... tak masuk pun.. ini depan pintu kota

Ini pula, pandangan sisinya....


Tersergam indah....


Ni.. baru turun dari melawat istana..., penat.. sebab kena berjalan turun...


Kemudian.. kami pun berangkat pulang ke tapak perkhemahan...., masing-masing dah penat... tapi mata masih digagah untuk menikmati sekali lagi pemandangan indah di sepanjang jalan......




No comments: