Friday, 29 July 2011

Kecil tapi Besar

Hari ini merupakan hari kedua saya memandu sendiri pergi dan pulang dari tempat kerja. Ia bukan perkara biasa kerana saya tidak pernah memandu walaupun sudah hampir 3 tahun bermastautin di bandaraya ini. Jika ditilik pada lesen memandu, ia sudah berusia 22 tahun, lesen yang berasal dari New Yok State, USA. Pernah memandu di Binghamton, Boston (lebuh raya 6 lorong) dan Florida. Juga, pernah memandu sekadar berkisar di bumi Arau – rumah Mak Som, UiTM, Sekolah Tunku Budriah dan Tadika Huda. Kemudian, sejak tahun 2003, istilah memandu sudah luput. Memandu bukan tentang urusan tahu atau tidak, tapi tentang takut dan gentar. Apatah kini perlu memandu di kawasan yang dipenuhi 40000 pelajar, tidak termasuk pekerja dan pelawat. Kawasan sekitar tampak sempit dan mendebarkan.


Namun, teruja dengan cuti yang panjang, ruang yang lengang, maka bercita-cita semula untuk memandu semula. Sepatutnya Gem 1 yang akan mengasah kemahiran di stadium Seksyen 13. Malangnya, dari sehari ke sehari, ia ditunda. Lalu, Gem 1 mendaftarkan (he.. he... secara paksa) di Metro Driving, seksyen 7. Maka, 3 hari lepas, saya diajar oleh Encik Nizam, guru memandu berasal dari Kelantan.

Tanya Encik Nizam,”Kakak tidak tahu memandu langsungkah?”. Kata saya sambil ketawa,”Bukan soal tahu, tapi soal takut! Encik tolong ajarkan saya doa berani”. Lalu, Encik Nizam memulakan ceramahnya yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsi. Kata beliau,”Renunglah doa naik kenderaan kak. Memang kita sebagai manusia lemah dan tiada kuasa. Sebab itu setiap kali kita menaiki kenderaan, kita digalakkan berdoa naik kenderaan. Ia menunjukkan kita lemah tetapi dengan rahmat Allah, Allah memberi kita kekuasaan untuk mengendalikan kenderaan”. Sambungnya lagi dalam nada jenaka,”Memandu kereta automatik ni senang kak. Sekurang-kurangnya ia mengikut saja arahan kita. Memandu kuda lagi susah, sebab kuda akan ikut seleranya sendiri! Saya yakin dengan izin Allah, esok kakak akan memandu semula ke tempat kerja”.

Ketika memandu sendiri (dipaksa oleh Encik Nizam) untuk pulang dari stadium seksyen 13, saya masih berfikir-fikir, benarlah.. sungguh benar... keupayaan memandu adalah rahmat Allah. Nikmat Allah yang sering dilupakan kerana ia menjadi rutin. Syukur padamu Tuhan, kerana dengan kekerdilan ini, ia menyedarkan hambamu ini satu nikmatmu yang mungkin didustakan. Isu memandu nampak kecil dalam dunia moden, tapi ia isu besar jika dilihat antara  hubungan seorang hamba dengan Tuhannya. Dan Allah memberi peluang untuk saya benar-benar merasai rahmat Tuhan yang satu ini.

6 comments:

Nihlah Insyirah said...

Salam kak Nas,

Suka entry ini. Peringatan untuk diri Ana juga yang sudah lama benar tidak memandu kereta walaupun mempunyai lesen. Dahulu pun jika memandu selagi tidak sampai ke destinasi yang dituju, terasa berdebar-debar, takut sepanjang pemanduan:)Lebih selesa menjadi penumpang sahaja:)

SevenDrops said...

Salam Ana,

He..he... cerita pengalaman sendiri. Biarpun nampak kecil. Tapi bagus guru tu. First time, hubungkan dengan rahmat Tuhan.


Bila nak balik?

teratakmuslaily said...

welcome to the club kaknas.. lepas ni leh bawak laily gi Jakel.. kita-kita jer.. org lelaki tinggal kat rumah! hihihi...

SevenDrops said...

Laily,
Tu sudah bagussss......

Bila nak mai?

NURAZZAH8 said...

wow..boleh lah lepas ni kalau kena ke DATC, nak naik kembara you...

Azzah8

SevenDrops said...

Azzah8,

He..he.. DATC tak masuk laluan lagi... tapi boleh..boleh!


Sevendrops