Berkunjung ke Kota Praque, Republic Czech pada 13/07/2011 bukanlah dirancang pada pada mulanya. Ia cuma pilihan selepas mencari pelbagai pilihan transit lain yang tidak menjadi. Rancangan asalnya ialah untuk ke Corfu, Greece, kami bercadang transit di Istanbul. Malangnya, untuk ke Corfu, penerbangan dari Istanbul tidak lancar. Terpaksa transit lagi. Ia bukan sahaja melibatkan masa, tapi melibatkan juga kos. Rupanya, dari hasil carian, dapatlah disimpulkan, untuk ke mana-mana negara Eropah, eloklah transit di London. Jumlah penerbangan bukan sahaja banyak, tetapi harganya lebih murah.
Lalu, disebabkan tarikh penerbangan antara KL-London dan London-Corfu memberi ruang 4 hari, kamipun mereka-reka dan merenung... negara manakah yang akan dilawati. Dalam kalut, kamipun terus booking penerbangan ke Praque, tiket pergi-balik London-Praque pada hari yang sama! Uh..uh... rasa macam lawak pulak! Tapi, itulah antara mimpi ke Praque yang tersirat tahun lepas yang dimakbulkan Tuhan pada tahun ini. Cuma, Allah memakbulkan dalam keadaan dan masa yang berbeza dari yang diangankan.
Banyak cerita lucu ketika sehari di Praque. Bermula dengan waktu pagi. Penerbangan ke sana dijadualkan pukul 6.15 pagi waktu tempatan London. Rumah yang ditumpang pula agak jauh dari Stanted Airport. Jadi, selepas balik dari berjalan-jalan di Oxford Street, makan, sembahyang, bersembang.. jam sudah menunjukkan pukul hampir 1 pagi. Sempat tidur sejam, kemudian bangun dan terus ke Gatwick Airport dan sampai di sana selepas hampir 2 jam lebih dalam teksi. Sesampai di sana, kami terus mencari pintu berlepas. Bila tiba, pintu berlepas masih ditutup, tiada satu manusiapun di sana. Semasa berpatah balik, 'ketua rombongan' tersilap tengok jam, ketika itu dia menjerit,"Cepat.. kita ada berapa minit lagi sebelum berlepas", kami yang mengikutnya berlari bagai tidak berpijak di bumi! Lintang pukang. Kalaulah boleh divideokan! Tapi.. dalam berlari masih ada hati untuk singgah di kedai Harrods...., kaki berlari, mata menerawang ke dalam kedai.
Sesampai di kaunter pertanyaan, salah seorang ahli rombongan cuba bertanya jam pada waktu itu. Sebab pelik benar rasanya, jika sekarang pukul 6 pagi, kapal terbang bertolak pukul 6.15, tapi pintu berlepas masih tidak dipapar. Dijawab oleh pelayan kaunter,"Do I have a watch?". Hui... sombong betul.. sedangkan ada jam kelihatan di kawasan kaunter itu!
Setelah bertenang, kami mengira-ngira jam semula. Mana mungkin kami lewat, sedangkan semuanya mengikut waktu yang dijadualkan. Rupa-rupanya, si ketua tersilap tengok jam! Aiyoooo.... di pagi-pagi yang mulia dan sejukkkkk, kami sudah berpeluh dan termengah-mengah. Langsung dilucutkan jawatan ketua kumpulan itu!
Penerbangan di pagi itu amat baik. Di atas awan, hanya ada dua warna. Di atas, langit membiru. Di bawah, awan putih terbentang, terapung melayang dalam paras yang sama. Kuasa Tuhan yang mengapungkan awan, ada di depan mata... terasa benar Allah amat beruasa, Dia hampir dan ada di mana-mana.
Ketika hampir mendarat, kelihatan bentuk muka bumi dan penempatan Republik Czech. Kelihatan banyak ladang-ladang luas terbentang seperti di UK. Cuma tompok-tompok rumahnya kelihatan jauh-jauh dan bilangan rumahnya juga kecil. Benarlah kata seseorang...Checz banyak pekan-pekan kecil.
Apabila mendarat, tidak tahu apa nak dikata. Mulalah acara bahasa isyarat. Nasihat kenalan, jika berada di negara-negara begini, kita lebih baik cakap bahasa melayu, kerana di sini mereka kurang suka Inggeris.
Tidak berapa lama, anak salah seorang ahli rombongan yang sedang belajar di sini, datang dengan van yang disewa. Tujuan van disewa untuk melawat kilang kristal Bohemia. Apabila melihat van nya, alahai... van angkut barang! Ada 6 tempat duduk. Cukuplah menampung kami berlima dan pemandunya. Perjalanannya agak jauh. Hampir 2 jam merentas ladang-ladang: gandum dan bunga matahari. Cantiknya ladang bunga matahari yang sedang mekar berkembang.... Sesekali, di kiri dan kanan, ada penempatan kecil. Kebanyakannya rumah flat lama. Tiada 'country house' seperti di UK. Dikhabarkan, hanya penduduk yang terlampau kaya sahaja, yang mampu memiliki rumah bangalow atau sesebuah. Sepanjang perjalanan, keadaan bandar-bandarnya nampak suram dan ketinggalan.
Setiba di pekan kecil itu, kami terus menuju ke factory outlet Kristal Bohemia. Tahulah saya pada hari itu bahawa Bohemia itu adalah salah satu daripada 3 daerah di Czech. Kristal Bohemia yang mahal harganya itu dibuat di situ. Apabila melangkah masuk, tiadalah barang yang dihajati. Cuma terpandang, kristal-kristal yang dibeli di carboot dulu rupanya amat mahal di sini!
Di depan factory outlet Bohemia Kristal, Daerah Bohemia, Republic Czech
Akan disambung siri ke 2. Sambungan Internet di Hotel Corfu Palace,Greece lambat dan di lobi ini suhunya panas!
P/S: Hello Gem1, Gem3, Gem4, Gem5, Gem6 and Gem7 ....... I LOVE AND MISS ALL OF YOU!!!!!!!
Greetings from Greece,
Mummy.
5 comments:
kak nas..jeles ni..jeles sesgt..nk gi gak UK..huhuhu..nk submit paper lom ade produce ape2 lg..produce org dl plak skrg ni..
Hello Farah,
Hu..hu..hu... best sangat dapat mendarat di UK. Selepas pi beberapa tempat, UK masih di hati...
kak, gara-gara baca blog akak, t/hari tu laily mimpi laily gi london kak!... huwaaa..
Laily,
He..he.. mudah-mudahan, bulan-bulan puasa ni dimakbulkan Tuhan. Amin
Sevendrops
Amiiin kak.. byk sungguh menyulam mimpi di bulan Ramadhan nie.. mudah2an Allah mendengar permintaan hambaNya ini... :)Insya Allah...
Post a Comment