Beberapa tahun dulu, saya ada menulis entri "Dari Nottingham ke Lake District - Memburu Salji yang Hilang" kerana beberapa kali mengharungi musim sejuk tanpa salji. Suka benar dengan salji - suka tentang sejuknya, tentang putihnya, tentang suasananya ..... ahhhh... salji tetap akan menjadi satu perkara sentimental - kerana ia pernah menjadi satu simbol doa sekeluarga.
Semalam, kami menghampiri I-City lagi. Lama tidak berkunjung ke situ kecuali jika ada tetamu. Jika tidak mahu tenggelam dalam lautan manusia, usah menghampiri I-City selepas pukul 6 petang. Ketika kami singgah di situ untuk mengintai Snow Walk, rupanya ada promosi - pukul 10 pagi - 6 petang, dewasa cuma RM15 dan kanak-kanak, RM10. Kami datang semula sekitar pukul 3.30 petang. Terus mengambil tiket untuk masuk. Selepas membeli tiket, perlu ambil jaket. Alahai... bosan juga dengan layanan di situ. Disambut dengan muka yang muncung. Menjeling tajam bila minta ditukarkan jaket yang tidak berfungsi... seolah-olah mereka saja yang tuan dan kita cuma peminta-minta. Kalau disebut, mungkin kata rasis... tapi jika diberi pilihan, saya lebih suka dilayan oleh pekedai berbangsa Cina.. mesti layanannya mesra! Layanan... itu yang 'kurengggggggggg......', selebihnya kami menikmati suasana sejuk yang diimpikan. Untungnya, jika terlalu sejuk, boleh pulak bersantai di luar untuk merasa panas semula. Anak-anak nampaknya sungguh gembira. Gem 7 tidak habis-habis berkata -"It feels like England!". Entahlah.. tidak pasti dia masih ingat atau tidak, kenangan itu ketika dia berusia 3 1/2 tahun!
3 comments:
hihihi kaknas, next time kalau ada offer lagi, kami nak masuk jugak la! nak feel like England jugak! hihihi..
Laily,
Kalau siang mungkin ada offer... dan kalau pi siang boleh masuk dari pukul 10 pagi sampai 6 petang - masuk-keluar-masuk-keluar. Kalau pi malam, mungkin masa dah dihadkan.
wongkeh.. noted..
Post a Comment