Saturday 12 November 2011

Pernah di Dalam Mimpi- Mimpi (3)

Alhamdullillah, akhirnya mimpi untuk menghasilkan buku ilmiah dalam bentuk santai  (yang dipendam 20 TAHUN LALU), kini hampir menjadi kenyataan. Ia bermula dengan projek kecil-kecilan dan telah diutarakan ke penerbit tempatan, tapi ditolak atas alasan tidak menerbitkan buku di dalam bahasa Inggeris.

Puas difikir ke mana hendak dituju. Hari-hari dipenuhi dengan mencari penerbit yang boleh dipercayai. Akhirnya, terjumpalah sebuah syarikat penerbitan yang bertapak di United Kingdom. Apabila dihubungi pada bulan Ramadhan yang lepas, penerbitnya sudi untuk membacanya.

Proses menulis tidak berakhir pada waktu yang dijangkakan. Ia sukar bagi saya yang tidak pernah menulis buku cerita selain daripada kertas journal, konferen atau cuma satu bab buku. Tambahan lagi, saya tidak mahir berbahasa. Alahai sukarnya. Proses menulis akhirnya berjaya disiapkan dan dihantar pada 1/11/2011!

Hari ini, 13/11/2011, saya menerima e-mail yang membawa berita gembira ini:

"I have wonderful news, your script has been accepted by our review process. We liked its simplicity and can really see many mothers buying this book for their daughters inshallah. ......."

"........  to get your book to an Industry standard print and onto Amazon and other distribution channels."



Alhamdullillah.... Alhamdullillah.... Alhamdullilah.

P/S:
 Terima kasih Gem 4 dan Gem 6 ....... Ia projek kita bersama!!!! Terima kasih Gem 1... kerana memberi sokongan moral dan kata-kata semangat!

6 comments:

Anonymous said...

tahniah kak nas! really proud of u..:-) nanti bgtau ya kalau dah terbit..

-hanim

Anonymous said...

Hanim,

Terima kasih. Nanti akak cakap bila dah publish!

sevendrops

teratakmuslaily said...

kak, nak book dari skrg!!.. nak beli jugak!.. hehe

Anonymous said...

Salam Laili,

Baru proses nak sign kontrak... dijual through amazon!


Sevendrops

zafwah said...

congrats kak nas..dasat arrrr...

buku tu nnt blh masuk dlm cv utk naik pangkat tak..hihihi soalan berbentuk materialistik...buat apa sume nk masuk dlm cv..br aritu terbaca status ustaz dr zaharudin pasal ilmuan m'sia ni kurang tulis anything yg related dgn public..sbb masing2 kejar benda2 yg published utk naik pangkat..

sy pun ada angan nk buat buku yg santai tp bercorak sains kimia...tp br angan je la..start satu patah perkataan pun blm..huhuhu

Anonymous said...

Zafwah,

Betullah cakap ustaz zaharuddin tu. Jika ilmu kita dapat dimanfaatkan kepada public, tentu kesannya lebih besar.

Tentang buku tu, boleh bawak naik pangkat tak? Mungkin boleh, sebab ia gabungan computer + Islam. Tapi, ia bukan tujuan asal. Ia tidak ada kena - mengena dengan keinginan untuk naik pangkat bersama buku tu. Ia lebih jauh.. mungkin seperti yang disarankan oleh ustaz tu!

You can do it.

sevendrops