Wednesday 6 June 2012

Azra Momin

Azra Momin? Siapa? Tanya saya di dalam hati apabila kali pertama melihat namanya tertera di kulit luar buku "A Priceless Princess". Lalu, saya terus google namanya. Rupa-rupanya, beliau ialah seorang illustrator yang sedang menetap di Kanada. Ketika mencari-cari, saya terjumpa blog nya "No Ordinary Day". Di dalam blog itu ada satu entri bagaimana beliau melakar muka hadapan itu dan memilih warnanya. Lalu, saya mengambil lakaran-lakaran itu untuk diabadikan di sini sebagai kenang-kenangan sempena penerbitan buku sulung yang sangat dekat di hati. Sungguhlah, dunia tanpa sempadan. Ia benar-benar memberikan pengalaman sebenar bekerja dalam suasana semua yang terlibat adalah maya.
 
 

 
 

 
 


2 comments:

Anonymous said...

tahniah kak nas, ana tumpang gembira dengan kejayaan kak nas menghasilkan buku yang pertama ini.

berapa kak nas harga buku ini dan bagaimana cara untuk membelinya?

AnaAziz

Anonymous said...

Ana,
Terima kasih. Nanti K.Nas update harga dan macam mana nak beli. Sebab masih tak dapat signal dari amazon.com.

sevendrops