Monday, 18 June 2012

Sekalipun Kerana Nasi Lemak

Dua hari lepas saya berkesempatan mendengar ceramah Israk & Mikraj di surau Ar-Rayyan, Seksyen 7 oleh seorang ustaz. Di dalam ceramahnya, ustaz tersebut ada menyebut tentang konsep doa. Islam mengajar kita tentang pelbagai jenis doa. hampir semua perlakuan rutin mempunyai doa-doa tersendiri - doa makan, minum, tidur, tengok cermin, pakai baju, keluar rumah, naik kenderaan... dan macam-macam. Kenapa? Kata ustaz, kerana secara semulajadi, manusia merancang tentang kehidupannya di dunia, Allah jua merancang kehidupan untuk hamba-hambaNya. Dan perancangan Allah ialah sebaik-baik perancangan.

Maka, Islam mengajar kita supaya untuk setiap perilaku, kita sentiasa mengharap campur tangan Allah dalam urusan kita agar semua urusan menjadi terbaik. Tanya ustaz, pernahkah kita sentiasa di dalam keadaan berdoa sehingga ke tahap untuk membeli nasi lemak di seberang jalan? Sebelum melangkah ke gerai nasi lemak,  kitapun berdoa "Ya Allah, mudahkanlah urusan pembelian nasi lemak ini". Kata ustaz, mungkin ada orang akan berkata,"Ustaz, semenjak saya berdoa ketika hendak membeli nasi lemak seperti biasa, saya langsung tidak dapat membelinya lagi. Selalu saya pergi asyik habis!". Kata ustaz, janganlah kita meletakkan sangkaan yang buruk kepada Allah selepas kita berdoa. Kerana, mungkin nasi lemak itu habis bertujuan untuk menyelamatkan kita - mungkin nasi lemak itu dimasak oleh orang yang tidak bersembahyang atau mungkin nasi lemak itu ada bakteria merbahaya kerana tidak bersih. Maka, apabila kita memohon campur tangan Allah di dalam kehidupan kita, Allah akan memberi yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Bukankah Allah sebaik-baik perancang!

Hari ini saya sangat berharap agar tidak leka dalam memohon Allah campur tangan di dalam semua urusan kehidupan ini. Oh Allah, janganlah masukkan kami di dalam golongan yang alpa. Amin.

2 comments:

Penjejak Mimpi said...

Assalamualaikum wbh Kak Nas..

Firstly, tahniah kerana akhirnya impian kak Nas tercapai.

Terima kasih juga untuk entri ni. Sekurang2nya membuatkan sy tidak lupa untuk berdoa dan menyerahkan segala2nya pada Allah.

Anonymous said...

Assalamualaikum Penjejak impi,
Terima kasih. Moga yang sedikit dikongsi itu dapat memberi sedikit manfaat.

K.Nas