Wednesday 25 July 2012

Manusia dan Manual nya

Barangkali kerana berada di zaman digital, maka saya selalu memerhati tentang alam melalui  perspektif dunia komputer.

Dan manusia jika dilihat paling hampir ciri-cirinya dengan benda bernama komputer. Komputer ada otak yang diberi nama CPU mirip otak manusia. Komputer mempunyai pancaindera seperti keyboard, scanner dan mouse untuk menerima maklumat. Seperti manusia mempunyai mata, telinga dan segala deria untuk tujuan yang sama. Komputer mempunyai screen dan speaker untuk memaparkan  maklumat. Seperti manusia mempunyai mulut, muka dan anggota badan untuk mempamirkan apa yang dirasa. Kesimpulannya, ciri kita dan komputer mirip sekali.

Setiap satu komputer WAJIB datang bersama manual nya. Itu hukum pembelian. Dan manual itu akan dibaca oleh pembelinya untuk mengetahui bagaimana komputer itu perlu dijalankan untuk mendapat hasil yang paling sempurna. Tidak ada komputer yang dibeli tanpa manual kecuali jika dibeli komputer dari kedai terpakai!

Bezanya komputer dengan manusia ialah manual untuk seseorang manusia tidak datang bersekali seperti manual komputer. Jika tidak, bayangkan setiap kelahiran baru ada pulak buku manual dilahirkan bersama. Cantiknya ciptaaan Tuhan ialah manual untuk manusia akhir zaman ini hanya satu iaitu Al Quran. Dan manusia sebagai komputer yang beroperasi sendiri (self-operated) PERLU membaca manual nya sendiri untuk membolehkan ia beroperasi dengan sempurna.

Dan bulan Ramadhan ialah bulan manusia membelek-belek manual nya semula secara bersungguh-sungguh, sama ada secara sendirian atau bertadarus. Mudah-mudahan kita yang bernama manusia mendapat hidayah untuk beroperasi dengan lebih sempurna.

SELAMAT MEMBACA MANUAL KITA - AL QURAN!

No comments: