Sunday, 8 July 2012

Terima kasih Bomba

Pada hari Sabtu, 7/7/2012 menjadi satu sejarah di dalam hidup kerana pertama kali menalipon polis dan bomba. Sejak dari pagi terbau asap. Tetapi tidak ambil kisah sangat kerana kerap terbau yang serupa. Tetapi ketika pulang dari mengambil Gem 6 dari kelas tambahan di sekolahnya, ternampak api sedang marak menuruni bukit dan menghampiri rumah jiran. Dan rumah jiran itu hanya selang dua buah rumah dari rumah kami! Lalu saya meluru menghampiri rumah jiran tersebut. Nampaknya mereka ada di dalam rumah tetapi tidak sedar api sedang marak. 

Keadaan menjadi kelam kelibut apabila api semakin menjadi-jadi marak. Saya berlari pulang ke rumah, mengambil barang-barang penting dan mengalih kereta ke tempat yang jauh. Gem 3 mendail nombor 999 - berkali-kali. Jika ada yang hampir mati, maka sudah tentu mati dahulu. Saya berlari ke atas ke bawah untuk memastikan sijil-sijil dibawa bersama. Apabila Gem 3 sudah mendapatkan respon dari polis, barulah diberi pada saya untuk melaporkan. Kami semua sudah keluar dari rumah. Tanpa disedari, kami terpacak di tengah-tengah panas sementara menanti kedatangan bomba. Suasana sedikit ribut apabila terpaksa menenangkan Gem 7 yang sangat ketakutan. "Call daddy.. call daddy..", katanya berulang kali. Gem 1 tiada di rumah kerana berada di luar kawasan beberapa hari.

Anak saudara yang tinggal berdekatan dipanggil. Melihatkan bomba tidak datang-datang, dia meluru menuju ke balai bomba - katanya.

Akhirnya, pasukan bomba datang. Selepas bertungkus-lumus hampir dua jam, mereka berjaya memadamkan api. Api marak dengan cepat kerana cuaca kering dan berangin. Kata pihak bomba, mereka menemui kesan pembakaran yang tidak diselia.

Aduhai... untuk sesiapa yang rajin berkebun dan bakar-membakar, tolonglah selia. Janganlah kerana taksub dengan hobi sendiri, sehingga tidak takut menzalimi jiran tetangga.

4 comments:

teratakmuslaily said...

ingatan yang baik sbb kitorang pun mmg suka bakar membakar kat kebun kak.. tapi, so far mmg kami pantau hehe...
anyway tahniah menjadi hero hari tu..hehe..

Anonymous said...

Laily,

He..he.. hero ke? Baru insaf kena SENTIASA LETAK DOKUMEN PENTING SATU TEMPAT - ini kena cari-cari.

sevendrops

-dal- said...

Ngerinya dengar pengalaman Kak Nas. Saya pun plan nk letak semua dokumen penting satu tempat lepas nih :)

Anonymous said...

Dal,

Terima kasih singgah.... ha .. ingat tu, kena letak sekali atau kita dah yakin kat situ ia disimpan. Akak yang kalut tu sebab baru-baru ni banyak guna sijil - anak nak masuk sekolah asrama, universiti, nak apply scholarship -failnya berterabur sikit!

sevendrops