Tuesday, 20 November 2012

Menunggu Keajaiban

Tarikh 19.11.2012 yang lepas merupakan tarikh debaran terutamanya untuk Gem 6. Tarikh di mana keputusan UPSR diumumkan. Biarpun peperiksaan UPSR bukanlah penentu besar di dalam kehidupan, tetapi sijilnya yang bakal diterima akan diheret sehingga hari tua. Sudah tentu semua yang terlibat berharap biarlah ia yang terbaik.

Ketika pihak yang terlibat mengumumkan tarikh keputusan UPSR dilewatkan seminggu, orang yang paling gembira ialah Gem 6. Kenapa? Katanya, "Alhamdullillah.... I can still pray to Allah". Secara diam-diam, dia mengambil handphone saya dan meletakkan peringatan "Wake Aufa up for Qiamullaill!!!". Dan talipon itupun berbunyi ketika dinihari untuk mengingatkan. Sudah tentu keinginan melebihi bilangan perlaksanaan. Semangat yang berkobar-kobar di awal malam ditelan mimpi-mimpi.

Seminggu tidak lama. Setiap hari Gem 6 akan berkata secara kuat untuk didengari : 

6 hari lagi.
5 hari lagi.
4 hari lagi.
3 hari lagi...

sehingga akhirnya menjadi jam.

21 jam lagi.
20 jam lagi.
.......
2 jam lagi...

Kenapa Gem 6 sangat takut? Tanyalah padanya, mesti dia akan berkata seumur hidupnya di alam persekolahan dia tidak pernah mendapat 'A' di dalam pelajaran Bahasa Melayu.  Di dalam peperiksaan percubaan, beliau hanya mampu mendapatkan keputusan yang paling baik untuk mata pelajaran itu iaitu 1B dan 1C. Itulah huruf-huruf yang selalu hadir selepas beberapa lama menempuhi deretan 'F' dan 'D'. Sejarah itu menakutkan Gem 6 dan akhirnya membawa dia kepada satu pengharapan, bahawa hanya Allah yang mampu memberi keajaiban.

Jadi, pada tanggal yang dimaksudkan, kami menunggu keajaiban. Mudah-mudahan, ia berlaku. Itulah yang tersirat, tak perlu diucap.

Keputusan mula diumumkan ketika hujan turun lebat. Ada 51 pelajar mendapat 5A, kurang 4 dari bilangan tahun lalu. Nama pelajar dipanggil satu demi satu ke pentas secara rawak. Dan kami menanti. Sesekali, saya merenung ke pentas sambil cuba-cuba membilang berapa pelajarkah yang sudah berada di pentas. Kerana bakinya adalah harapan yang tinggal untuk Gem 6. Bilangan di pentas semakin ramai. Sudah melebihi 40 orang. Sesekali terpandang Gem 6 yang berbaris bersama kawan-kawannya - mukanya nampak sangat muram. Barangkali, dia juga membilang harapan yang tinggal. 

Tiba-tiba terdengar nama Gem 6 dipanggil! Dan itulah keajaiban yang ditunggu. Ketika Gem 6 berjalan laju ke pentas sambil memeluk guru-gurunya satu per satu, ada guru yang mengenalinya berkata,"Saya tak sangka awak dapat!". Uhhh ...uh... uh... rupa-rupanya Gem 6 bukan dari senarai "pelajar harapan"! Di hujung sana beberapa pelajar harapan teresak-esak mengelap air mata apabila panggilan ke pentas tidak kunjung tiba. Begitulah takdir. Pada Allah segalanya terserah dan tersurat.

6 comments:

NURAZZAH8 said...

TAHNIAH GEM5 ...sorry tak tahu nama anak you yang ini...

Anonymous said...

Azzah,
Terima kasih.....

sevendrops

kak cahaya said...

tahniah kak...Allah menentukan segalanya

Anonymous said...

kak Cahaya,
Itulah sebenarnya. The power of doa. Ia boleh menolak logik akal.

Sevendrops

zafwah said...

tak terlambat lagi harapnya nak wish congrats utk Aufa..n kak Nas sefamily..mesti bangga kan..ada anak2 yg kebergantungan pada Allah sgt tinggi..harapnya anak2 saya pun mcmtu juga.

Anonymous said...

Farah,
Terima kasih bagi pihak Gem 6. Alhamdullillah... anak-anak sangat percaya kepada doa apabila kita ulang dan ulang ingatkan pada mereka ada banyak perkara yang berlaku mengikut keinginan doa.

Agaknya yang paling yang paling signifikan bagi mereka ialah dalam entri "Salji .. Simbol Sebingkis Doa".

Tahniah Farah dapat baby baru... bila nak bertandang ke rumah baru ye??

Sevendrops