Thursday 30 April 2009

Kad Ahli dan Rebet Belian

Memiliki kad ahli untuk sesuatu syarikat dan mengharapkan bayaran rebet bagi pembelian barangan daripada syarikat tersebut, merupakan 'trend' terkini masyarakat lokal dan global. Seluk 'hand-bag', terburai kad-kad ahli yang telah didaftar: kad stesyen minyak Petronas, kad Tesco, kad Giant, kad Mydin... he..he.. kad pasaraya Bintang pun ada! Dan kini, ada satu kad lagi - kad ahli HPA!

Kenapa perlunya kad ahli? Selalunya dengan kad ahli, kita dijanjikan harga belian yang lebih rendah sedikit daripada harga biasa.. itupun kebanyakan syarikat menawarkan untuk barangan terpilih sahaja. Kita juga dijanjikan pulangan rebet atau bonus atas belian kita. Kebanyakan syarikat hanya membayar rebet setahun sekali.

Cerita Kami: Sejak kami berlabuh di sini (bulan 9, 2008), kami adalah pengguna Tesco yang setia. Purata bulanan perbelanjaan di Tesco sekitar RM800-RM1000. Di awal Januari, kami menerima rebet dari Tesco... alahai... RM15.00 sahaja untuk perbelajaan selama empat bulannnnn... Dengan mengubah haluan ke barangan HPA ini, kami ingin melihat berapakah pula rebet atau bonus daripada syarikat HPA... Kami pasti akan mewar-warkan nilai bonus pertama itu (yang dibayar setiap bulan jika cukup syarat - syaratnya iaitu penggunaan sebanyak 100 nilai mata - jika tak cukup, boleh 'carry forward'!)

Yang mana yang akan lebih untung..
Antara RM15.00 (rebet Tesco untuk 4 bulan - September hingga Disember 2008) atau ? (rebet HPA untuk tempoh mula menjadi ahli, menghadiri kursus dan mula menggunakan barangannya - hujung March 2009 - ?)
Kena tungguuuuuuu....

4 comments:

Anonymous said...

Macam jurucakap HPA lah pulak...

SevenDrops said...

Salam yang memberi komen,

Dah guna, memang nak promosi pun... nak ajak sesapa yang nak guna... macam jugak ajak kengkawan, "jom pi Sale kat stadium".. serupa je.. tak kan jadi jurucakap Metro pulak.. terpulang pada individu.. Tak salah mengajak ke arah kebaikan, walaupun sepatah ayat...

Anonymous said...

betul-betul..setuju..

Anonymous said...

kak, akak tak boikot tesco ke? sorry, tapi just incase you didn't realise that tesco is the boikot list.