Monday 11 June 2012

Titipan dari Jauh

Tadi baru pulang dari kelas malam, kelas 6.30 petang - 10.00 malam. Itu kelas terakhir sebelum ujian dan peperiksaan. Banyak soalan yang ditanya, helai buku yang diselak, markah yang disemak dan keadaannya sudah tentu sibuk.  Ketika jam menunjukkan melebihi pukul 10.30 malam baru kaki melangkah masuk longlai ke rumah.

Sebaik tangan menyuap makanan ke mulut, Gem 6 tiba-tiba sibuk meluru, "Mummy..mummy.. I saw one kid is holding your book! Somebody tagged the photos at your facebook". "Mana? Mana?", tanya saya - tiba-tiba perasaan menjadi sangat sayu yang berbaur gembira. Siapakah gerangannya yang memegang itu, kata saya di dalam hati. Sayapun belum berpeluang memegangnya lagi! Malah, sudah 11 hari saya menanti-nanti ia 'hidup' di amazon.com. Berkali-kali penerbitnya menghantar e-mail agar saya tidak gusar, segalanya berjalan lancar. 

Inilah dua gambar yang dititip dari rakan sekerja yang sedang merantau nun jauh di Glasgow, UK - Nurazian Mior Dahalan. Katanya, "Dah sampai buku yang ditunggu..".

Dan ini pula satu lagi mesejnya,"Erina bagi rate 2 thumbs up". Terima kasih Azian! Ia sangat bermakna bagi orang biasa seperti saya yang bermimpi untuk menyentuh bintang di langit. Jika tidak keberatan, tolong beri komen pada "review" di amazon.co.uk itu. Kata penerbit, ia akan menambahkan kredibiliti buku tersebut.






5 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum,
buku ni boleh dibeli di amazon sahaja kah? atau ada cara/tempat lain?

Kak Azzah8 said...

Tahniah..Akhirnya bintang itu tercapai jua....bila nak ada kat Malaysia pulak? booking 1 copy

Anonymous said...

Assalamualaikum Azzah8 dan anynomous,

Setakat ni hanya di amazon. Walaubagaimanapun, saya mendapat kebenaran untuk menjual di Malaysia dan saya akan jual secara terus (online). Sekarang dalam proses memesan secara pukal. InsyaAllah akan diwar-warkan nanti.

Sevendrops

Anonymous said...

kak ira, ni nor. nor nak book 10 dari kak ira, and personally autographed. :) berapa harga di malaysia?

Anonymous said...

Norrrrrr,
Tak sangka Nor singgah di sini!!!!! OK Nor.. akak dalam proses nak beli dari penerbit supaya dapat dijual di Malaysia secara online dengan menggunakan pos dan bank tempatan. Nanti akak maklumkan.

email akak di ns.omar@yahoo.co.uk

Terima kasih atas sokongan.

Sevendrops