Biarpun kata orang "barang lepas jangan dikenang", tapi apabila membelek-belek koleksi gambar yang tidak seberapa, kata itu tidak dapat dituruti. Banyak rasa yang muncul apabila membelek album lama. Antaranya ada tiga rasa yang kerap melanda.
Pertama: menyesal - kerana tidak mengambil gambar banyak-banyak. Sedar-sedar masa sudah berlalu dan anak-anak sudah membesar. Gambarpun tidak banyak yang tersimpan.
Kedua: tidak sempat meraikan mereka ketika mereka masih kecil kerana sibuk. Satu alasan yang paling sadis. Juga sedar-sedar masa sudah berlalu dan anak-anak sudah membesar. Masa riuh-rendah dahulupun berlalu dan tidak akan kembali.
Ketiga: Rasa syukur yang tidak terucap. Sesungguhnya banyak pertolongan Allah yang datang semasa dalam proses menamatkan pengajian. Tidak tahu bagaimana seorang ibu beranak empat belajar, bekerja dan menambahkan lagi bilangan anak sambil bertarung mengejar masa. Rakan-rakan berbangsa Inggeris sering menggeleng-gelengkan kepala, kehairanan. Tidak ada jawapan yang jelas, barangkali kerana suka melakukan. Kata rakan sekerja kepada pelajar-pelajar PhD di bawah seliaannya,"Jika mahu melihat contoh orang yang bergembira semasa membuat PhD, tanya dia", katanya sambil menuding saya. Syukur Allah pada nikmat itu. Syukur yang tidak terhingga.
Kali ini koleksi gambar ketika pertama kali menyertai perkhemahan musim panas di Stratford Upon Avon - bandar yang ada kaitan dengan Shakespear. Bandarnya cantik dan mendamaikan.
No comments:
Post a Comment