Monday, 30 June 2008

Menikmati Suasana "Salem High Country" di Peak District

Saya suka lihat iklan klasik "Salem High Country" di tv. Masih jelas terbayang seorang wanita di dalam iklan tersebut berlari-lari di padang luas, berlatarbelakangkan pokok-pokok pine dan gunung-ganang yang diselaputi salji. Bila terlihat iklan tersebut, saya acap kali berkata-kata saya teringin sekali menikmati pemandangan yang serupa. Allah memakbulkan jua lintasan hati saya buat kesekian kalinya. Kali ini kami sekeluarga diberi peluang menikmati suasana "Salem High Country" bersama-sama keluarga Raza dan Yuhanis di Peak District. Kedudukan Peak District tidak jauh daripada bandar Nottingham. Permukaan buminya berbukit-bukau dan mempunyai hutan simpanan yang luas dan tasik yang dijadikan tadahan hujan.

Menuju ke Peak District

Jalan ke Peak District

Pemandangan lumrah di UK, petak-petak ladang yang dipagari dengan pokok-pokok atau batu-batu

Antara ladang dan rumah-rumah

Menghampiri Peak District

Tiba di parking

Kami mulakan aktiviti dengan bersarapan pagi

Selepas bersarapan, kami mengambil keputusan untuk jungle trekking. Ada tiga laluan: 2 kilometer, 4 kilometer dan lebih 6 kilometer. Kami memilih laluan 4 kilometer. Agak merisaukan juga kerana inilah kali pertama kami melakukan aktiviti ini. Tambahan pula, ada 9 orang kanak-kanak! Mampukah? Selamatkah? Tapi, di bumi UK ini Allah kurniakan dengan beberapa kelebihan yang tiada di negara tercinta kita iaitu hutan-hutannya tidak mempunyai ular dan binatang berbisa.. dan tiada pula nyamuk-nyamuk yang menghambat kita. Dalam suasana yang nyaman (tidak panas, tidak sejuk, tidak berpeluh-peluh), kami memulakan perjalanan meredah hutannya.

Jumpa pokok yang tumbang... sempat pula mereka bertenggek di sini...

Inilah antara laluannya

Gem 7 menunjukkan kegagahannya.. beliau mahu berjalan sendiri..

Gem 1 ... bergaya ala-ala mat bunga

Menghampiri pemandangan ala "Salem high country"... cuma tiada latar belakang gunung bersalji!

Deretan pokok-pokok pine yang dirindui..

Anak-anak dah ke depan dengan lajunya...

Gem 5 membatu sebab dipaksa tunggu

Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuh... dah mula lenguh lutut...

He..he... baru berkesempatan berdua-duaan

Pokok-pokok pine

Sempat bertenggek di tunggul-tunggul kayu

Gem 7 masih gagah meredah hutan pine


Melintasi antara dua sempadan... ada dua lembu garang di depan...

Berehat sebentar di tepi pagar-pagar batu... makan biskut 'rich tea'

Gem 3 pujuk Gem 7 untuk 'piggy back'... kesian pulak tengok betis kecilnya berlari-lari...

Gem 3 mengabadikan lokasi kegemarannya... Gem-gem lain tidak berminat untuk bergambar.....

Melintasi tasik tadahan hujan

Eiii.. seram tengok mereka bertenggek di pinggir tasik yang dalam ni... isy..isy..isy..

Sudah hampir ke lokasi penamat

Alhamdullilah.. kami berjaya menamatkan misi kami setelah 4 kilometer berjalan, berlari, bertenggek, bersembang...... Hari sudah meninggi... apa lagi.. buka periuk nasi lah...


Alahai... setelah penat meredah hutan... Gem 7 begitu asyik mengutip butiran nasi!

Alhamdullillah... Allah memakbulkan satu lagi doa yang tersirat... menikmati suasana 'Salem high country' ....



Thursday, 26 June 2008

Sepetang di Zoo Longleat

Zoo Longleat istimewa sebab ia selalu muncul di TV BBC. Anak-anak gemar mengikuti siri Zoo Longleat ini dan mengikuti perkembangan binatang-binatang di dalam zoo tersebut dari masa ke semasa... contohnya siri zirafah dapat 'baby' dari saat mula dilahirkan, siri ibu zirafah yang tidak pandai menjaganya dan hampir terpijak anaknya dan siri baby zirafah tersebut sudah pandai berdikari. Kadang-kadang ada siri tentang binatang sakit dan ditunjuk pula bagaimana pihak zoo menanganinya. Pendek kata, walaupun zoo Longleat jauh, tapi dekat di hati. Kali ini kami mengambil kesempatan untuk melihat zoo ini secara dekat. Malangnya, pada hari tersebut hujan turun agak lebat. Banyak binatang-binatang berteduh di tempat-tempat yang agak tersembunyi. Walaubagaimanapun, meriahnya di dalam kereta apabila sesekali anak-anak berteriak "yess... we have seen it on the tv!"

Jalan masuk ke zoo Longleat

Menyusuri jalan masuk utama

Binatang berteduh, hujan kian lebat


Ala-ala safari.. mendekati Ostrich yang memenuhi jalan raya

Terlalu hampir dengan Ostrich ... cuma buka sedikit tingkap kereta.. takut kena patuk!

Kuda belang berteduh

Llama

Sekitar perjalanan yang redup

Rusa melintasi kereta kami

Tunggu sampai rusa habis melintas baru boleh meneruskan perjalanan

Tempat rusa berteduh

Unta-unta yang basah

Rusa lagi...

Tiga badak sumbu... satu tidak kelihatan

Bertenggek kesejukan



Dekatnya! Singa ini menghampiri kereta kami

Singa berkeliaran di kiri kanan jalan

Si bapa singa bersemayam di sini

Ini pula musang-musang liar yang lapar

Sekitar zoo Longleat

Sekitar zoo Longleat

Gem 5 menyucuk hidung hipo!