Pada 26.11.2012 yang lepas, saya dan beberapa rakan sekerja diarah untuk ke UiTM Sri Iskandar. Seperti ke Dungun, tujuan lawatan kami ialah untuk memantau perlaksanaan program. Rombongan kami bertolak sekitar pukul 5.00 pagi ketika fajar belum menyinsing. Masing-masing perlu bersiap sedia dari rumah ketika pukul 4.00 pagi.
Perjalanan amat pantas kerana pemandu bertugas memecut sepanjang jalan 160 km/j! Ketika hujan lebat, beliau memandu agak perlahan iaitu sekitar 120 sehingga 140 km/j. Sesekali cuba memberi peringatan kepada pemandu tetapi tidak berjaya. Aduhai...
Kami tiba awal dari yang dijangka. Itupun selepas bersantai-santai sarapan di R&R Tapah. Selepas tiba, kamipun memulakan tugas seperti yang diarah. Dapatlah berjumpa dengan rakan-rakan sekerja yang sudah lama tidak bertemu. Barangkali sekitar 10 tahun. Masing-masing sudah berubah secara fizikal, pun begitu ukhwah masih seperti dulu. Ketika makan-makan, ada seorang rakan sekerja di sana menepuk-nepuk belakang sambil berkata saya selalu melawat blog.. Uh..uh... tak sangka ada rakan sekerja di sana yang masih membaca coretan yang sangat mengikut mood. Terima kasih kerana sudi.
Pada sebelah petangnya hujan masih turun lebat. Kami bertolak pulang sekitar pukul 4.30 petang. Masing-masing di dalam hati berdoa agar pemandu kami akan memandu dengan berhemah. Tetapi ia tidak begitu. Dalam keadaan hujan sekejap lebat sekejap renyai, dia masih memandu 160 km/j! Ketika menghampiri jalan sesak di lebuh raya, beliau dengan selamba memandu laju di lorong kecemasan. Rempitkah itu?
Esoknya, di dada akhbar ada tajuk berita, MPV merempuh lori di lorong kecemasan. Ada yang terbunuh. Lalu, otak masih terbayang pemanduan serupa yang kami tempuh semalam. Bezanya, kami masih selamat, syukur Alhamdullillah.
Bila-bila nanti, jika perlu pemandu, mohon diingatkan tidak lagi mendapat Encik X. Cukuplah hanya sekali menjadi penumpang di dalam pemanduan yang merbahaya itu.
No comments:
Post a Comment