Sunday 6 December 2009

Sevendrops di Villa Mus-Laily

Lama tak update blog ni... sibuk sungguh dengan pelbagai agenda. Hujung-hujung tahun ni nampaknya memang begitu. Pada jangka waktu yang kami tidak DIBENARKAN bercuti.. memanglah menimbulkan tekanan. Jadi dihujung minggu, kami pun bercadang untuk bersantai-santai ke selatan.. apa lagi.. sasaran utama ialah menyerang rumah Mus dan Laily. Pada awalnya kami hanya bercadang untuk bertolak pada hari Sabtu. Tapi bila anak-anak pun sudah tidak sabar-sabar lagi.. kami pun bertolak pada petang hari Jumaat. Kami tiba hampir pukul lapan malam ketika Laily sibuk masak di dapur! Alahai.. apabila menjejak masuk ke rumah mereka.. terasa seolah-olah bertandang di Laurie Avenue. Apatah lagi.. kami dijamu dengan resepi-resepi 'lama' seperti masa dulu-dulu. Pertemuan itu menjadi satu sesi nostalgia. Kami berborak sehingga lewat pagi.

Kesokannya, selepas meronda-ronda sekitar Parit Jawa dan Ayer Hitam, kami menuju ke Hotel milik Baha dan Awin. Lepas tu menuju ke rumah mereka. Sesampai kami di banglo tersergam mereka, Awin menjamu kami dengan masakan Asam Pedas ikan Pari yang sangat lazat. Habis kami meratah. Petangnya, sempat pula ke kolam air panas yang berdekatan. Rombongan kami ditambah pula dengan kehadiran Man dan Ida sekeluarga. Pada sebelah malamnya, Baha dan Awin sibuk pula menyediakan 'barbecue'. Terasa benar seperti 'barbecue' di Windemere Road! Yang beza, saiz rumah dan kawasannya! Man dan Ida pulang awal. Tinggallah kami tiga keluarga. Anak-anak sibuk dengan urusan mereka. Kami bertiga pasangan pula bersantai di bawah 'car porch' sehingga jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi. Sehingga timbullah idea untuk mengadakan malam 'Jalinan Kasih Pasca NMC 2009'! Sungguh.. sesekali bertemu dan sama-sama mengimbas nostalgia adalah faktor memperkasakan silaturrahim. Semoga persahabatan tetap kekal dan dirahmati Tuhan.

Sevendrops di Villa Mus-Laily (p/s - rasa tajuk macam novel Enid Blyton... idea Laily!)

Di ruang resepsi Hotel Baha dan Awin
Kami pun bergambar sama..
Di dapur Baha dan Awin... sibuk menyediakan juadah bagi sesi 'Barbecue'
Sebelum bertolak balik..
Bangalow Baha dan Awin (di porch tu kami bersantai sehingga lewat pagi!)
Gem 7 dan Iris

Sebelum bertolak balik... menjamu selera Ayam Pedas dan Mee Rebus

No comments: