Wednesday 7 April 2010

Kembang dan Kempis

Dua hari lepas saya begitu asyik menggeledah pustaka Google Scholar untuk mencari maklumat tentang dua kad pintar yang popular yang digunakan di Malaysia. Lalu, saya berjumpa dengan satu artikel yang ditulis oleh seorang Australia. Dalam tulisannya, beliau menceritakan tentang bila dan kenapa wujudnya MyKad. Kata beliau, Malaysia adalah negara pertama seumpamanya di dunia yang rakyatnya memiliki kad pintar dengan kos 290+ Juta Ringgit Malaysia. Melihat kecanggihan MyKad seperti yang digambarkan serta mengenangkan kedudukan negara yang menjadi negara pertama berjaya mengadakan kad-kad pintar itu untuk rakyatnya, mengalah negara-negara termaju di dunia yang kaya raya, lalu saya berasa amat bangga. Negaraku berprestij... 'posh'! Tiba-tiba hidungpun terasa mancung dan kembang.... bangga.

Namun, ketika keasyikan melayan hidung yang terasa kembang dan mancung itu.. saya menerima satu panggilan talipon dari suami tercinta. Katanya, usaha terakhir kami untuk merayu mendapatkan tempat untuk Gem 3 ke asrama penuh nampaknya telah gagal. Saya akur benar... rayuan rakyat biasa.. begitulah selalunya = mengikut prosedur = GAGAL! Nampaknya masalah yang bersimpang siur di kepala akan masih berada di situ lagi. Sebagai pilihan alternatif, Gem 4 ditawar ke sebuah sekolah berprestasi tinggi.. nun.. jauh di utara. Jauh tidak menjadi satu masalah.. tapi apabila sekolah mewajibkan pelajar-pelajarnya pulang ke rumah untuk setiap dua minggu.. itulah yang menjadi satu persoalan. Alasannya, peruntukan untuk sekolah telah dikurangkan. Lalu, untuk menjimatkan perbelanjaan, anak-anak perlu pulang. Lalu, saya mengira-ngira... bajet 4 pinggan nasi (untuk hari Sabtu dan Ahad) yang ingin dijimatkan = satu tiket bas express dua hala utara-selatan = satu tiket dua hala Firefly = dua hari masa perjalanan yang panjang = bajet tambahan untuk sebuah keluarga biasa!

Pulang dari pejabat, rupa-rupanya ada beberapa tetamu yang akan berkunjung selepas waktu Maghrib. Maka terus, tangan pun perlu menari-nari dengan rancak dan pantas. Ketika melihat bawang hampir kekuningan di dalam kuali.. tiba-tiba datang Gem 3 menuju ke dapur (baru pulang sekolah).. dengan wajah mencuka.."Do you know mummy.. I've been practising drama for two weeks for nothing!". "Kenapa?", tanya saya. Katanya.. "Oh.. the teacher said all co-curriculum activities have been frozen .. no money!". Ahghhh.... minyak yang panas di dalam kuali = perasaan saya yang membara. Tiba-tiba hidung yang kembang dan mancung menggambarkan kebanggaan di pagi hari tadi terasa mengecil dan pesek!

Lalu, saya memandang ke langit yang semakin gelap... ingin sekali menjadi burung, terbang bebas mencari padang dengan rumputnya yang lebih hijau.. biarlah hanya berhujan batu di situ. Apalah ada pada hujan emas.. jika rumputnya semakin gersang...
Hidung yang kembang terus kempis!

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
Kak penangan MAlaysia boleh :) ... many things can happen here...unpredictable...tak pelah kak... anggaplah cobaan dan dugaan..moga-2 ada yang lebih baik kemudian nanti...

farah sharif

SevenDrops said...

Salam Farah,

Kak Long dah selamat ke Penang semalam. apabila gagal cara pertama, rupanya ada pilihan yang lebih baik. Tapi beruntunglah sebab kita mampu berusaha .. jika yang tidak mampu berusaha.. kesian.. terpaksa menerima sebagai suratan.

Paling sedih.. apabila terdengar rungutan seorang ibu ketika membeli buku-buku masa permulaan tahun. Ketika beliau bertanya berapakah harga buku-buku yang perlu dibeli dan harganya kesemuanya RM100+ untuk seorang anak.. beliau dengan perlahan berkata.. "Kalau begitu ..saya hanya mampu membeli buku tulis sahaja". Sebak mendengarnya...

Anonymous said...

salam...

kak long dapat masuk sekolah mana?dekat sikit dgn kg.....

lili

SevenDrops said...

Salam lili,

Di Penang...