Sunday 12 February 2012

Kapsul Masa

Sekembali kami dari menghantar Gem 3 dan Gem 4 ke destinasi seterusnya dalam pengajian mereka, rumahpun menjadi sunyi. Riuh rendah dan hiruk pikuk seakan hilang. Sesekali suasana itu mendamaikan telinga dan mata. Tetapi, sesekali juga saya seperti menyesali kerana hanya mempunyai blog ketika usia anak-anak semakin dewasa. Ah... alangkah indahnya jika saya dapat melakar telatah anak-anak sejak mereka kecil -  seperti blog-blog Nihlah Insyirah, Zafwah dan Mama Hani. Biarpun terlewat, di dalam kesunyian ini saya akan merenung semula satu persatu entri lama di blog ini. Sungguh... setiap entri merupakan satu kapsul masa yang tidak akan berulang.  Ia adalah kenangan suka duka yang tercatat.

Salahkah berblog? Kadangkala ada yang bertanya. Pada saya, blog ialah cerita-cerita syok sendiri, ia milik peribadi yang ingin dikongsi dengan sesiapa yang sudi. Blog bagai sahabat karib yang mendengar serba rintihan. Blog bagai rakan karib yang berkongsi kabahagiaan. Tataplah siapa yang sudi - tidak ada paksaan. 

Pun begitu, saya percaya, untuk diri yang kerdil ini, blog membolehkan saya kadangkala berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran sesama rakan maya dan taulan. Ia sudah tentu lebih baik dari berpesan-pesan di hati. Ia selemah-lemah iman. Dan saya tidak mampu memberi ceramah atau syarahan - kerana tidak suka ke depan.

Menulis blog bagi saya memberi makna yang besar. Ia mengajar saya menulis dan berbahasa. Dari blog, saya belajar menyusun ayat dan buah fikiran. Ia menghasilkan satu keupayaan untuk menulis buku yang dulunya tidak pernah terlintas di fikiran untuk mampu melakukannya.

Salahkah berblog? Entahlah... Tapi saya akan terus menulisnya - satu entrinya ia satu kapsul masa yang sangat berharga di masa hadapan.

9 comments:

Penjejak Mimpi said...

Suka baca coretan kak Nas... :)

Anonymous said...

Penjejak Mimpi,

Terima kasih... walaupun sebaris ayat sokongan, ia memberi impak yang besar dalam membina keyakinan diri. Terima kasih. Semoga hidupmu dirahmati Allah.

Sevendrops

zafwah said...

kak nas ayat sedap2..saya tulis blog ayat ikut dan..huhuhu..tu yg nk menulis yg ilmiah jadi jammed..tp mmg best baca entry2 kak nas..ada mesej dlm cerita2 yg nampak simple..

Anonymous said...

Zafwah,

Tak terlambat lagi tulis elok-elok untuk setiap entri. Esok tua. jadi koleksi kenangan yang tidak ternilai.

K.Nas

shaifizat said...

Sokong sangat entri2 kak Nasiroh... saya blom punya blog.. kena ada jgak nanti.. mncatat entri harian, telatah anak2 yang masih kecil. kalau x harian pon, mngkin ada aktiviti yg perlu dikenang lagi pada masa depan... best baca entri akak.. proper je ayat2nya...

Anonymous said...

teruskan mencoret...banyak ilmu yang boleh dikongsi dengan cara yang lebih santai tapi terus melekat dalam kepala dan hati....hehehe.selalu dok tunggu2 entry maksu yang baru.....

Anonymous said...

Shaifizat dan anak buah (Lili?),

Terima kasih atas sokongan... tulis blog... melatih menulis!

Sevendrops

Nihlah Insyirah said...

Husband Ana dah banyak kali ingatkan kalau tulis blog, tulis betul-betul agar boleh digunakan kemudian hari.Elakkan dari menggunakan bahasa pasar. Tapi susah nak tulis elok-elok (bagi ana) sebab ambil masa panjang hendak buat ayat. Kalau tulis on d spot ikut apa yang ada di fikiran, laju jer. Itu yang sekarang ni dah tak sempat nak menulis di kisah insyirah. Ana suka baca coretan kak Nas dalam blog. mungkin suatu hari boleh bukukan coretan2 kak nas dalam blog ini;)

Anonymous said...

Ana,

Mula-mula memang susah nak tulis dengan ayat yang betul. Akak dah beberapa kali padam blog sebelum blog yang ini. Sebab tak tertulis. Banyak cerita hanya berlegar di kepala. Cuba tulis dan tulis lagi. Lama-lama ianya akan menjadi satu kebiasaan.

He.he... tak terniat pulak nak dibukukan. Cuma ada beberapa entri sentimental di cetak dan disimpan.

Sevendrops