Sunday 24 June 2012

Yang ke 7

Pada 24/6/2012, genaplah umur Gem 7 tujuh tahun. Cepat sungguh rasanya masa berlalu. Tujuh tahun bererti jangkamasa yang sama beliau di "White house" dan "Green house". Salah satu yang sukar ialah untuk menjadikan Gem 7 kekal dengan dwi bahasanya.

Tahun lepas, Gem 7 peminat hard core Justin Bieber. Sehingga beliau asyik berkata bila besar nanti beliau akan beli rumah bersebelahan dengan Justin Bieber. Tahun ini, Justin Bieber sudah hilang. Kali ini Gem 7 sangat, sangat, sangat meminati Ustaz Don. Setiap malam, kami tidak perlu melihat jam, tepat pukul 9 malam, beliau akan mengumpulkan seluruh keluarga menonton 30 Minit Bersama Ustaz Don. Kata Gem 7, "I want to be like Ustaz Don. Call me Ustaz Akif". Sudah tentu kami gembira dengan perkembangan terbaru ini. Mudah-mudahan ia kekal sehingga dewasa.

 Gem 7 dengan tema "Boboi boy"
Tersenyum girang dengan kad ucapan

2 comments:

teratakmuslaily said...

Akif.. nampak dah remaja lah Akif!! hehehe... Hepi bday dear!...

Anonymous said...

Laily,
Thank you aunty Laily... Aunty Laily dah jadi usahawan besar. Hadiah dari Allah kerana tabah menghadapi segala bentuk ujian. Bravo!!

Sevendrops