Sunday 16 August 2015

Keupayaan... Antara Angan-Angan dan Realiti

Keupayaan sendiri, tiada siapa dapat menentukan dengan sah melainkan kita sendiri. Apa yang kita terdaya usahakan? Apa yang kita ingin lakukan? Kadang-kadang ianya bercampur-baur. Kadang kala kita sendiri tidak tahu yang mana satu.

Pertanyaan itu membuatkan saya menyusuri kehidupan lampau. Ketika bersekolah dulu, soalan yang paling acap ditanya oleh guru, ibu bapa dan orang dewasa ialah "Kamu nak jadi apa nanti"... "Apa cita-cita kamu"... dan soalan-soalan yang seumpamanya. Sehinggakan kitapun jadi gusar dan TERPAKSA mencari-cari jawapannya yang kita sendiripun tidak tahu apa maksudnya. Seingat saya pernah dulu saya menjawab... nak jadi cikgu.... nak jadi doktor... nak jadi angkasawan ... nak jadi saintis. Selepas berbolak-balik dari satu cita-cita ke satu cita-cita yang lain, akhirnya ia bertukar secara tiba-tiba ketika melihat satu iklan di atas meja di sebuah kedai yang memaparkan seorang wanita dan sebuah komputer. Di saat itu sayapun berkata... ya ... saya nak kerja serupa ini. Lintasan hati ketika itu terpahat menjadi cita-cita sejati yang diburu. Alhamdullillah. Allah telah makbulkan sejak hampir 22 tahun yang lalu.

Sewaktu kecil dulu tidakpun saya terfikir bahawa saya perlu membina cita-cita semula. Fikir saya setelah tercapai cita-cita yang diburu bertahun-tahun itu ia akan menjadi seperti cerita 'Cinderella'... iaitu "Happily Ever After"... kegembiraan selamanya. Rupa-rupanya ia tidak begitu. Ketika usia mengensot tua, kita akan sentiasa berhajat dengan pelbagai keinginan yang tidak berkesudahan. Contohnya seperti keinginan saya untuk menjadi seorang penulis. Dan keinginan itu tidak mati di situ. Jauh di sudut hati terpasang pula cita-cita baru... ingin pula menjadi penceramah berkaitan dengan buku yang ditulis! Begitulah manusia... mempunyai keinginan yang tidak bertepi. Lalu, keinginan itu datang dalam kilasan hati ketika berdoa. Siapa sangka waktu dan ketika bila doa dimakbulkan. Dalam banyak-banyak doa yang dipanjat, kilasan hati yang sebentar itu yang dimakbulkan Tuhan serta-merta.

Minggu lepas, kali pertama seumur hidup saya dilamar untuk menjadi penceramah untuk satu konvensyen besar. Katanya ianya melibatkan lebih kurang 1000 peserta! Alllahuakbar... Ketika mendapat berita itu.. saya bertafakur menghitung keupayaan sendiri. Ada waktunya kita bercita sangat-sangat tinggi dan melupakan realiti bahawa jika keinginan tersirat itu dimakbulkan Tuhan serta-merta, kita tidak ada upaya untuk mampu melaksanakannya. Harus mantapkan keupayaan... 'fighting'... 'fighting'...... 'fighting'! Sebenarnya... tentang keupayaan sendiri.. kita sendiripun tidak pasti.

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah...Allah menganugerahkan apa yang kita termampu hadapi ...sangat luar biasa bisikan hati yang ikhlas...tiada hijab dengan penciptanya....semoga ia membuka lembaran baru dalam mengarungi usia yang berbaki....#tamakpahala

Farah Sharif

Anonymous said...

Sangat suka dengan tag #tamakpahala! ia seperti memberi idea baru ... Thanks Farah!

Anonymous said...

oh itu saya belajar dari Syed Azmi :)