Wednesday, 12 November 2008

Si Merah YD51EUH

Si merah YD51EUH telah selamat mendarat di bumi Malaysia lebih sebulan dulu. Lambat sikit ia keluar dari storage sebab lambat apply AP.

Alhamdullillah, walaupun banyak urusan tunggu menunggu di kaunter.. lepas satu ke satu kaunter, akhirnya selamatlah si merah park kat depan rumah.

Mula-mula dok fikir nak ambil plate mana. Basri ambil plate PHD (Penang).. Nizam (john) suruh tanya-tanya plate DR (Kelantan), tapi kami nak ambil aja plate Selangor .. dapat lah BKE... Fikir punya fikir, BKE lagi nostalgia... he..he.. Beli Kat England... jadi ni lah kenangan 'sampingan' pi UK!




Masa mula-mula 'jumpa' semula - di parking Pelabuhan Klang Utara

Dah selamat sampai di shah Alam

Sunday, 2 November 2008

Di Rumah Baru

Kami masih berserabut menguruskan kemasukan ke rumah baru. Rumahnya cuma 'se kangkang kera', tapi ributnya yang lebih. Lebih sukar, nak mengemas dan menyusun barang yang telah ada tetapi nak membentuk tema. Serba salah jadinya, tema pun dah caca merba. Apa tah lagi barang-barang yang dari kontena tidak dilabelkan dan disusun dengan betul, jadi urusan untuk nak susun 'dining' dan 'living room' sahaja memakan masa empat lima hari.

Pada hujung minggu yang lepas, anak-anak saudara berkumpul untuk memberi input dan tenaga.. apa lagi.. menolak dan menyusun lah aktivitinya..

Ta da... cubaan pertama susunan meja (setelah 3 / 4 hari mencari kaki meja, skru..)

Kak Cik (anak saudara) menghadiahkan bunga

Aktiviti sampingan.. menghirup cendol pulut Pak Akob beramai-ramai

Kak Filah (anak saudara) mengadakan majlis hari jadinya di sini.. Gem 7 sedang menikmati kek Black Forest sambil menyebut nama Ahmad, Haris dan Haziq.. Gem 7 masih sering menyebut nama-nama ni.. his best friends!

Gem 6 dan Akin dok pulun kek

Nampaknya aktiviti berkumpul dan makan-makan di hujung minggu masih diteruskan di sini.. bezanya kali ini bersama anak-anak saudara.

Birthday Gem 6 (Belated)

Gem 6 telah menyambut ulang tahun ke lapannya pada 20/10 yang lepas. Dia agak gembira katanya .."Ye.. I'm the first member of our family to celebrate birthday in our new house!". permintaannya cuma satu.. nak buat birthday di KFC. Kami tidakpun menempah sebarang pakej hari jadi di KFC. Cuma sempat menjemput sepupu-sepupunya yang berada di sekitar shah Alam.

Gem 6 sebelum menikmati hidangan

Gem 6 bersama hadiah pertamanya di rumah Kak Cik

Gem 6 bersama hadiah terakhir untuk hari lahir tahun ini (di rumah Kak Cik)


Yang pasti Gem 6 amat gembira hari tu. Sampai ke malam beliau masih terkekek-kekek ketawa. Barangkali terlalu 'excited' dapat menyambut hari jadi di KFC dan bukannya hanya kek choklat ASDA.

Thursday, 30 October 2008

Hanger oh Hanger

Semalam bergegas ke Giant Seksyen 13, Shah Alam, sebab nak beli hanger. Banyak timbunan baju yang perlu digantung. Tapi bila jumpa di Giant, gerammmmmm... sungguh! Sebabnya, hanger yang 'chokia' / lekeh / tak berkualiti, untuk 20 pieces, harganya RM14.00! Menyesal sungguh tak bawak balik hanger 'Next' atau yang dapat free dari car boot (yang sudah kucampakkan ke tong sampah!!!!!!!).
Moral of the story.... hanger..bawak balik hatta penyapu sampah , sponge basuh pinggan, tong sampah (Brabantia)...... untuk kesenangan hidup masa depan.... Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian... nganga...

Wednesday, 29 October 2008

Di Sebalik Timbunan Kotak

Kami masih lagi berada di sebalik timbunan kotak.. Disebabkan broadband tak dak lagi kat rumah, gambar-gambar malas lagi nak update.. Banyak entri blog yang masih terbengkalai..

Semalam, ada sedikit progress..sekurang-kurangnya kami dah jumpa pinggan. 3 hari lepas jumpa sudu.. esoknya , jumpa cawan..

Tuesday, 28 October 2008

Berakhir Sebuah Penantian

Rasa macam mimpi.. tiba-tiba Allah mengakhirkan sebuah penantian Besarrrrr, bah kan bukan satu penantian, tiga penantian sekali gus. Ohh.. nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan..

Pada 22/10/2008 (Rabu), barang-barang yang dihantar dari UK dah selamat tiba di rumah. Keesokan harinya, kamipun secara rasmi berpindah ke rumah baru dan kesokannya pula, di petang Jumaat yang mulia, Dr Boriana (supervisor) mengutus e-mail ringkas 'Thesis success' with no correction. Alhamdullillah.

Allah telah menghilangkan kebimbangan dan kedukaan... ketika ini baru mata hati terbuka luas menginsafi pelbagai rahmatNya yang tersirat ketika mengharungi kesusahan dulu.

Monday, 18 August 2008

Melawat sekitar Greenwich

Hari kedua di London kami ingin mulakan dengan berkunjung ke Car boot sale. Kata Fauzi, car boot di sini besarrrrr.... Sepanjang beliau ke sana, beliau tidak pernah berupaya untuk mengelilingi keseluruhan car boot tersebut. Siti telah memasak sarapan pagi untuk kami se awal pukul 3.00 pagi untuk memudahkan kami ke car boot. Kami pula telah siap sedia sekitar pukul 5.30 pagi. Namun, hajat untuk ke Car boot sale di London tidak kesampaian apabila hujan turun dari awal pagi.... sedih...

Walau bagaimanapun, kesempatan untuk berkunjung ke Greenwich pada kali kedua ini kami manfaatkan untuk melawat beberapa mercu tandanya yang belum sempat dilawati ketika berkunjung pada kali pertama dulu.

Antaranya ialah:
1. Greenwich Eye... ala-ala London Eye, tapi lebih kecil saiznya.
2. Greenwich Peninsula... yang kini lebih dikenali sebagai O2.
3. Thames Barrier... binaan untuk menahan banjir di sekitar sungai Thames.

Tapi kami bertolak agak lambat selepas menyaksikan pertandingan badminton semi final Olimpik (perseorangan) yang tamat sekitar pukul 3.00 petang.

Berikut gambar-gambar sekitar lawatan ke sana:

Bergegas menuju ke Greenwich Eye... takut-takut dah tutup atau ramai orang yang beratur

Sempat bergambar sebentar

Inilah Greenwich Eye

Kami memilih untuk menaiki private Gondola yang muat untuk kami sekeluarga sahaja.. empph...seriusnya Gem 1.. gayat!!!

Greenwich Peninsula dari atas

Berikut gambar-gambar yang diambil dari Greenwich Eye:



















Ini pula terowong, laluan bawah tanah untuk merentasi sungai Thames


Selepas menaiki Greenwich Eye, kami bergegas ke Greenwich Peninsula... dalam perjalanan, sempat juga mengambil gambar-gambar ini:




Tiba di Greenwich Peninsula... gambar-gambar yang diambil sekitar kawasan tersebut:
















Destinasi terakhir, ke Thames Barrier. Binaan unik untuk menghindar banjir. Berikut gambar-gambar sekitar kawasan tersebut:














Kami kembali semula ke rumah Fauzi untuk sembahyang dan makan malam. Walaupun diajak untuk bermalam lagi, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Nottingham dan tiba di Nottingham sekitar pukul 1.30 pagi.