Thursday, 26 June 2008

Sepintas lalu di Stonehenge

Kami berkesempatan melintasi kawasan Stonehenge. Stonehenge merupakan salah satu bangunan misteri pra-sejarah yang dibina daripada tindanan batu-batu besar. Bagaimana batu-batu tersebut ditindan di zaman yang serba manual menjadi satu tanda tanya. Ketika kami berada di situ, hujan turun renyai-renyai. Kami tidak hampir ke perkarangannya... cukuplah sekadar melihat dari jauh.












Wednesday, 25 June 2008

Gem 3 - Year 9 Graduation Class of 2008

Hari ini kami menghadiri majlis graduation untuk Gem 3. Cepat betul masa berlalu... baru rasanya menemani beliau sewaktu sessi suai kenal 'Year 7' (untuk tahun pertama sekolah menengah di sini), kini kami menemani beliau di akhir sessi persekolahan. Gem 3 bersekolah di Djanogly City Academy, Nottingham. Cuma sepelaung jaraknya dari rumah kami. Biarpun bertaraf sekolah biasa, sekolah tersebut telah mendapat tempat kedua terbaik di dalam peperiksaan GCSE di UK. Sepanjang tiga tahun pengajian, banyak perkara yang telah Gem 3 pelajari dan peluang yang telah direbut. Bermula dengan serba kepayahan kerana terpaksa berdepan dengan situasi baru pembelajaran, Gem 3 gigih sehingga terpilih ke dalam kumpulan istimewa pelajar 'gifted and talented' sekolahnya. Kumpulan istimewa ini dapat menyertai pelbagai aktiviti tambahan percuma kerana ditaja oleh kerajaan UK. Semoga Gem 3 akan terus berusaha dengan lebih gigih... mana tahu nanti kami dapat pula menumpang tuahnya untuk merantau ke negara asing.... amin. Bukan mudah menjadi Muslim dalam dunia mungkar... Gem 3 tabah menghadapinya ... syabas!


Gem 3 bersama-sama kawan-kawan kesayangannya.....



















Tuesday, 24 June 2008

Pak Long dan Mak Long di UK

Tiga tahun lepas kami menerima kunjungan 'Pak Long' dan 'Mak Long' ke sini. Kunjungan mereka agak unik, di mana adik bungsu Pak Long dan Mak Long, masing-masing di tempat yang sama... di bumi Nottingham. Apabila dikhabarkan pada anak-anak mengenai kedatangan mereka berdua.. masing-masing bertanya .. who's Pak Long.. who's Mak Long... dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan. Kenalah pula kaitkan dengan abang Wafi, abang Asy, kak chik dan kak Filah.. barulah masing-masing faham siapakah yang akan tiba ke sini. Pak Long dan Mak Long mempunyai hubungan yang istimewa dengan kami dan anak-anak kerana mereka bukan sahaja sebagai pengganti emak dan ayah mertua yang telah tiada, tetapi juga mungkin kami kerap bertandang ke rumah mereka dan bermalam di sana .... (he... he... Pak Lang dengan Mak Lang jangan jealous... kalau datang sini, mesti boleh buat satu entri blog untuk mereka berdua!!!).

Sepintas lalu Pak Long dan Mak Long di sini....

Beramai-ramai ke carboot... emm... aktiviti utama!

Ronda-ronda sekitar taman University of Nottingham, Mak Long dan Pak Long di mana???

Tasik University of Nottingham, kampus utama

Sekitar taman

Mak Long dan bunga-bunganya

Dah penat berjalan-jalan... berehat sebentar...

Ni pula .. di hadapan rumah Aza, Chadwick Road...

Di Junction 28 .... shopping.

Dalam tube di London

Turun.. di stesen Marble Arch

Pak Long berehat sebentar .. kepenatan.

Di depan Marble Arch, London

Pak Long...Berjalan-jalan di Hyde Park

Perlu merentasi Hyde Park untuk mencari Memorial Princess Diana

Inilah Memorial Princess Diana.. air mengalir bagai sungai kecil

Di Science Museum

Berjalan-jalan untuk menuju ke gedung Harrods

Harrods .. nun di sana...

Dalam tube... ramainya rombongan.. kami sekeluarga + Aza sekeluarga + Mak Long & Mak Long + Aina

Di tingkat atas bas... pusing-pusing kota London

Di Trafalgar Square

Di Royal Albert Hall

Sekitar London's Eye

Bas berhenti di sini semata-mata untuk mengambil pemandangan ini

Di Tower Bridge

Sekitar Tower Bridge

Sekitar Tower Bridge

Menanti untuk menaiki cruise

Di dalam cruise


Di dalam cruise

Di dalam cruise

Sekitar kota London

Di University of Cambridge

Berjalan-jalan sekitar Cambridge

Aza dan keluarga 'punting'

Sekitar University of Cambridge
Strawberry picking

Pilih jangan tak pilih... sambil pilih makan sikit...
Ha... sedapnya... bila panas dan penat menikmati strawberry segar...

Setelah tiga tahun berlalu, ingatan bersama di sini masih segar ....