Wednesday 7 January 2009

Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung

Berhijrah ke alam persekolahan di Malaysia, itulah agenda awal tahun 2009 buat kelima-lima anak kami. Bermula dengan Gem 4 menghadiri orientasi pada hari Ahad lepas, diikuti dengan hari persekolahan pada keesokan harinya untuk Gem 3, Gem 4, Gem 5 dan Gem 6. Setelah hampir 5 tahun mengharungi suasasana persekolahan yang penuh riang ria, pasti persekolahan di sini tampak beza bagai langit dan bumi. Beza yang ketara - sekolahnya, gurunya, kawan-kawannya. Melihat raut wajah anak-anak, kami dapat merasa betapa kalau mereka ada kuasa dan pilihan, mereka tidak akan berdiri di situ. Hari ini kami menyaksikan semula satu sistem persekolahan tanpa rasa 'kasih sayang'. Segalanya bagaikan terpaksa dan tergesa-gesa. Suasasana berserabut dengan hiruk pikuk antara murid-murid dan guru yang memberi ucapan. Murid dan guru berselisih ke sana sini dengan agenda tersendiri. Kami melihat wajah anak-anak yang murung (bukan anak-anak kami sahaja). sebaik dipanggil berbaris. Masing-masing menunjukkan wajah suram dan bosan. Berbeza dengan wajah anak-anak Claremont atau Djanogly yang dipenuhi dengan tawa dan ceria, namun mereka cerdik dan berilmu juga. Hati masih terus bertanya, yang di atas sana, tidak adakah mata dan hati-hati terasa, sistem persekolahan kita amat membelenggukan dan 'memberatkan' bahu-bahu yang memikul.

Hari ini Gem 7 pula ke tadika buat pertama kalinya - Nuh's Ark Islamic Montessori. Agak sukar memilih tadika yang sesuai. Otak dan fikiran masih terbayang bagaimana Gem 6 ditatang guru-guru 'nursery'nya. Mana mungkin dapat dicari di sini... itulah yang saya fikirkan. Tiba-tiba terbaca tulisan nurazzah8 di dalam blognya tentang Nuh's Ark Islamic Montessori. Tadika ini dimiliki oleh seorang muslim Australia dan bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantarnya. Atas faktor tersebut, tadika ini lain dari yang lain - letaknya bukan di rumah biasa seperti kebiasaannya dan 'suasana'nya juga berbeza (ada iras-iras tadika di UK). Jadi, kamipun daftarkan lah Gem 7 - alahai... kos sebulan..! Gem 7 nampak gembira. Guru-gurunya pun ceria. Di sana ada sistem persekolahan 'kasih sayang'.


Debar Gem 3 dan Gem 5 bersiap ke sekolah

Selepas bersarapan dan menyiapkan 'pack lunch'. 'Pack lunch' - satu tradisi bersekolah di UK yang ingin dipraktiskan. Gem 5 berkata "There're millions of people queuing for food at cafe"


Wajah-wajah lesu Gem 4 dan Gem 6 selepas kembali dari sekolah sessi petang. Gem 6 menangis kesedihan... barangkali kecewa dengan suasana persekolahan..

Gem 7 bersemangat hendak ke sekolah pada hari pertamanya... "I like my yellow school!"

Anak - anak... apapun di sini bumi di pijak, di sinilah langit dijunjung.. Namun saya pasti.. sekiranya di beri pilihan "hujan batu di negara sendiri, hujan emas di negara orang", mereka tentu mahu memilih... hujan emas di negara orang...

3 comments:

ME said...

Ira,
I doakan & hope your kids cepat sesuaikan diri & accept kekurangan sistem pembelajaran di sini. Who knows diaorg boleh inject the value yg diaorg dpt kat sana di sekolah sini. Bagi I yg dah hampir 14 years makan hati dgn system kat sini .. along the way .. terjumpa juga few teachers yg penyayang. Itupun towards the end sekolah rendah. I suka baca your blog.. simple & nice sampai i teringin nak start blog sendiri... Mashitoh

mulan said...

Agreed with whatever you have written about schooling kat Msia.
My husband and I are facing with a very challenging journey kat sini since both of us are studying..Cuma hati terubat sikit bila nampak my children suka ngan sistem sekolah di sini.

Mulan

SevenDrops said...

Shitoh and Mulan,

Thank you... sekurang-kurangnya ada juga yang merasa anak-anak di Malaysia telah dirompak kehidupan mereka yang sepatutnya penuh riang-ria dan kasih sayang. Anak-anak manakan sama dengan robot...

Nasiroh