Wednesday 18 November 2009

Ijazah Kehormat untuk Bonda

Ijazah Kehormat untuk mak di kala usia 74 tahun


Sempena hari konvo Ajun yang lepas, kami memakaikan Mak jubah konvo Ajun. Hajat kami.. biarlah.. kami anugerahkan mak sekalong penghargaan yang tidak terhingga untuk semua jasa-jasa mak. Lagipun, mana ada universiti di dunia yang akan menganugerahkan seorang ibu atau bapa kerana telah berjaya menjadi seorang ibu atau bapa yang baik. Malah .. tidak ada satu ijazahpun khas untuk kemahiran keibubapaan. Semua kita meredah hidup keibubapaan dan berkali-kali menghadapi ujian. Jatuh bangun, suka duka, susah senang tiadapun satu nilaian sebagai tanda aras. Biarlah kali ini kami menganugerahkan untuk mak... sebagai tanda mak sudah berjaya membesarkan kami..

Di mata kami.. mak adalah permata
Mak telahpun merentas zaman.. zaman Jepun .. Zaman Inggeris .. zaman merdeka..
Mak telah merentas susah... zaman serba manual, pasti menagih kudrat...
Mak telah merentas rasa.. suka duka.. susah senang ...
Untuk itu..
Kami anugerahkan mak Ijazah Kehormat untuk Bonda..
Doa kami.. moga diterima Allah menjadi satu bukti..
buat mak menempuh pintu Syurga..

Kami semua sayang Mak....

5 comments:

teratakmuslaily said...

yer! satu anugerah yang sungguh tinggi nilainya buat seorang Bonda!... tak terbayar dek wang ringgit!...


(p.s kak.. daftarlah FB.. byk gambar2 mengusik jiwa kat sana tgh panas panas.. hehe)

SevenDrops said...

Salam Laily,

Alah... malaslah dengan FB...tak boleh bukak banyak-banyak.. nanti tak ter 'update'!

cahaya said...

akak...sooo touched.....basah mata ini mengenangkan mak yang telah lebih 3 tahun tidak ku dakap....
semoga setiap titik keringat ibu dan ayah kita terbalas di syurga kelak..Aminn...

cahaya said...

akak fb takyah update2....bole share kemeriahan dalam satu masa dengan kengkawan2...on d spot....

Anonymous said...

Cahaya,
Doalah.. moga ibu bapa kita mendapat jalan pintas ke Syurga.. Amin..


FB? .. kih.. kih.. generasi tua sedikit 'reluctant' untuk tu...

Aik.. dulu heboh sebab nak boycott sebab produk 'Y'. Tapi kalau mengikut logik teknologi.. penggunaan FB sangat bermakna dalam bidang perang siber. Data-data dapat diperolehi oleh semua pihak (termasuk musuh)dalam bentuk 'instant'....

K.Nas