Thursday 28 January 2010

Gem 7 dan Pertanyaan

Gem 7 yang banyak bertanya..
"Who did this to my little boy?????"

Kerenah Gem 7 kadang-kadang melucukan, kadang pula mencabar minda. Beberapa minggu lepas, ketika beliau telah selesai mandi dan bersiap-siap ke tadika, terpacul dari mulutnya, "Mummy.. who made me?". Jawab saya, "Allah". Kata Gem 7 lagi,"If Allah made me, how could I do not know while He's making me?". Arghhh.. apa nak jawab ni? Otak pun perlu berputar ligat.. lalu kata saya "Because you were too small to realize!". Gem 7 diam. Agaknya dia sedang memikirkan soalan seterusnya. Dan dia bertanya lagi, "Where's Allah?". Untuk soalan ini ini saya telah tahu apa yang nak dijawab... iaitu dengan bertanya semula kepada Gem 7, "Why we can not see Allah?" Gem 7 sambil tersipu-sipu akan menjawab seperti biasa," Alah.... mummy .. because He is invisible!".

Dua hari lepas, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Gem 7 bertanya,"Where does rain come from?". Puas saya bercerita... "First, there's water on the road, in the river, in the lake... when the sun shines, the water will go up and becomes small cloud.. then the cloud grows bigger and bigger..". Gem 7 menyampuk pula, "Then... the cloud becomes black?". Kata saya, "Yes.. the black cloud becomes heavier and heavier.. and it falls down on us as rain!". Gem 7 diam sambil memerhatikan hujan yang masih turun dengan lebatnya...

Semalam Gem 7 memulakan sesi soal jawab lagi.. tanya Gem 7,"Mummy, how does wind make us feel cold?". Sukarnya untuk menyediakan satu jawapan yang logik bagi seorang kanak-kanak berusia 4 tahun setengah! Lalu jawab saya,"By blowing... (sambil perlahan-lahan menghembuskan ke arah beliau). Allah asks the wind to blow us..". Gem 7 diam..nampaknya dia sudah berpuas hati...
Setiap hari pasti ada soalan demi soalan....

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
kak lama tak ke sini, ni baru kerja semula...tahniah untuk Kak Long, untie tompang gumbira and proud of u, Happy belated birthday Alif, wah dah nampak besarnya..., salam rindu untuk akif yang banyak cakap....

Semoga semuanya baik-2, kalau senang datang le rumah...

Farah Sharif

SevenDrops said...

Salam Farah...

Rindu pada Farah dan keluarga.. baru minggu lepas kami dok menyebut-nyebut... datanglah ke rumah... Betulkah sikecil tu Yusuf???

Anonymous said...

Wsalam,

Betul le...memang rindu....tapi cuti CNY ni ada program dengan club estima le pulak..nak ke melaka sabtu-isnin... insyaallah nanti kita calling-2.
Farah Sharif