Monday 11 July 2011

KL--LONDON

Sekarang jam menunjukkan pukul 12.28 waktu Malaysia. Baru sejam mendarat di London-Stanted. Jangkawaktu perjalanan hampir 14 jam. Walaubagaimanapun, perjalanan berlangsung dengan lancar. Juruterbang Air Asia hari ini bertugas begitu cemerlang. Masing-masing memberi markah 'A'.   Barangkali, kerana ada CEO nya bersama-sama dengan penerbangan itu.

Ketika hampir sampai, semua peserta rombongan Cik Kiah kali ini berdebar-debar. Risau tentang visa dan barangan yang caca merba. Gulai tempoyak pun ada! Macam-macam doa dibaca. Kami diberi visa tanpa banyak soal. Kemudian ke tempat bagasi, beg sudah berpusing-pusing menunggu. Alhamdullilah.

Rupa-rupanya rumah yang hendak dituju berada di tengah kota London. Tiket bas dibeli ketika 5 minit lagi bas akan bertolak. Apa lagi... marathon!

Akhirnya, dapatlah berada di dalam bas dengan aman. Tiba-tiba ternampak simbol wi-fi di dalam bas. Alhamdullillah.... negara maju.. bas yag sejam perjalanan inipun disediakan wi-fi yang laju.

Diluar, nostalgia padang-padang rumput, lembu dan kuda ada di depan mata.

Yes... it's nice to be back here! 

8 comments:

N N said...

salam Dr.N
bestnya berkunjung ke kota london

SevenDrops said...

Tak tidur lagi ke? Di sini masih terang benderang!

Nak pergi konferen di Greece, transit di sini 4 hari.

Sevendrops

N N said...

wow..kota antik greece :)

Penjejak Mimpi said...

Assalam k Nas.

Buleh mengimbas kenangan lalu.. :)
Tentu cantik buildings di Greece ya..

teratakmuslaily said...

seronoknya kak... hatiku turut terbang ke sana... huuhuhuhu...

NURAZZAH8 said...

Amboiii..sakan..I baru balik dari bumi Urdun dan Kota Konstantinople ...u pulak terbang ke Kota London dan Greece... pergi dgn siapa tu? Leha ke?

Muhammad said...

Hehehe..lawak..sapalah yang bawa gulai tempoyak tu......kirim salam dgn dr siti dan elaiza

Muhammad said...

sorry yg muhammad itu akaun anak saya, ini suraya,