Monday 24 September 2012

Tersentuh

Entri ini berkisar tentang buku "A Priceless Princess". Objektif asal penulisan ialah keinginan untuk memecah kelemahan sendiri, iaitu menulis. Menulis bukan mudah untuk sesetengah orang. Dan saya termasuk di dalam golongan itu. Barangkali bosan menjadi murid tercorot, menulis menjadi impian yang terpendam. Lama ia terpendam. Tidak nampak jalan.

Barangkali, hikmah terbesar terpaksa menulis semula satu thesis PhD untuk dilihat dari sudut yang berbeza, telah membawa saya ke satu dimensi baru. Ia satu pengalaman yang sepatutnya sangat pedih, tapi dilalui dengan semangat "bahawa aku perlu lulus, jika tidak seumur hidup aku akan corot". Dan Dr. Boriana dari Bolivia mengajar saya erti sabar dan menulis satu persatu. Betapa intensif sesi saya bersamanya, hanya Tuhan yang tahu. Bergandingan dari bahu ke bahu menatap skrin komputer yang satu. Ia satu pengalaman yang tidak akan dilupakan selagi hayat masih ada.

Dari situ, keinginan untuk menulis berterusan. Lalu, dalam diam-diam, saya mulakan dengan menulis blog. Blog pertama hanya ada susunan gambar. Diselangi sebaris dua ayat yang menceritakan kenangan gambar-gambar itu. Ia satu entri yang saya rasakan sangat buruk. Terus blog itu dipadam.

Selang beberapa minggu. menulis lagi. Kali ini, agak lebih tersusun. Dua tiga hari kemudian, saya mendapat komen dari pembaca maya nun jauh di Jepun. Katanya, saya tertarik dengan cara penceritaan anda. Dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu, bahawa kata-katanya yang seringkas itu telah menaikkan tahap keyakinan - "ya saya boleh menulis". Dan bermulalah penulisan entri-entri seterusnya. Terhegeh-hegeh menulis. Sukarnya apabila lemah berbahasa.

Kini, "A Priceless Princess telah 3 bulan di pasaran". Saya hanya ada beberapa salinan terhad atas ihsan kiriman Nurazian, rakan sekerja yang berada di Glasgow. Lalu, salinan yang ada itu saya berikan kepada ketiga-tiga anak perempuan saya. Itulah objektif yang pertama. Satu koleksi nota cinta dari seorang ibu yang akan mengekori anak-anaknya ke mana-mana.

Apakah objektif kedua? Objektif kedua muncul selepas membaca di dalam satu ruangan soal jawab agama. Tanya seorang pemuda yang lebih kurang begini bunyinya "Jika Al-Quran dikatakan sesuai untuk sepanjang zaman, kenapa tidak ada disebut gajet-gajet terkini di dalamnya? Bagaimana saya ingin berhujah bahawa al-Quran sesuai untuk semua zaman kepada rakan-rakan bukan beragama Islam?". Tiba-tiba saya terkenang satu entri spontan Pangkalan Data: Antara Tanda-Tanda. Ia bagaikan satu entri yang memanggil-manggil bahawa saya harus menulis tentangnya. Ia sesuai dengan generasi yang lebih mengenali komputer dan alatan eletronik daripada organ badan sendiri! Maka, "A Priceless Princess" adalah langkah permulaan ke arah menjawab persoalan generasi Alaf Digital tentang al-Quran dan kehebatan Tuhannya. Mampukah? Ilham milik Tuhan. Mudah-mudahan ada jalan dan kemudahan.

Apakah objektif ketiga? Objektif ketiga ialah ingin sangat menyentuh hati-hati. Lalu, satu salinan "A Priceless Princes" saya tawarkan pada yang hampir untuk digilir membacanya. Itupun pada yang sudi. Pembaca pertama, berusia 65 tahun. Ketika ingin memulangkan buku itu kembali, tanyanya mengharap, bolehkah dia dapatkan untuk diberi pada anak-anak perempuannya? Katanya, buku kecil itu seperti berbicara dengannya dan menyentuh di hati. Pembaca kedua, baru sekitar 8 atau 9 tahun. Kata ibunya, anaknya suka dengan buku itu dan ingin memilikinya. Pada saat itu, hati saya sangat tersentuh. Ya Allah, jika buku kecil itu tidak mampu menyentuh hati beribu manusia, ia sudah cukup jika dapat menyentuh beberapa hati. Untuk manusia seperti saya yang tidak pandai berbahasa, ia satu pencapaian objektif yang tidak diduga. Alhamdullillah.

Untuk rakan maya di luar sana, jika ada sejuta  impian, impikanlah hari ini. Tidak tahu bilakah Tuhan akan makbulkan, mungkin bertahun, berbulan, berminggu, berhari, berjam, berminit atau bersaat. Allah Maha Mendengar!



10 comments:

Penjejak Mimpi said...

" Untuk rakan maya di luar sana, jika ada sejuta impian, impikanlah hari ini. Tidak tahu bilakah Tuhan akan makbulkan, mungkin bertahun, berbulan, berminggu, berhari, berjam, berminit atau bersaat. Allah Maha Mendengar! "

tq kak Nas.. :)

Anonymous said...

Penjejak Mimpi,

Terima kasih. Komen yang ringkas dan singgahan yang sekejap banyak memberi inspirasi.

"Selamat bermimpi" dan khabarkan pada Tuhan pada sepertiga malam!

Sevendrops

N N said...

"Selamat bermimpi" dan khabarkan pada Tuhan pada sepertiga malam!

Thank you Dr.N

:")

NURAZZAH8 said...

Tahniah,

Sekurang-kurangnya anda telah mempunyai sebuah buku untuk diwarisi oleh anak-anak anda...

Selamat bermimpi, ya...semoga kita semua dapat bermimpi dan khabarkan pada Allah di sepertiga malam..

jom ..kita sama-sama merangkak, berjalan, berlari mengejar mimpi-mimpi kita....

Ameen.

Nurazzah8

NURAZZAH8 said...

I think what you need to do is an aggressive promotion for your books... promo it in a social media, blog, fb, twitter etc ...

you need to do blogwalking to "otai" punya blog dan promo di situ ..as you know, otai's blog has million followers...tak apalah orang nak kata menumpang kepopularitian mereka, tinggalkan komen di blog mereka sambil letak link ke blog anda dan di mana mereka boleh beli buku tersebut ...

Cthnya: blogger otai:

Ben Ashari
Cik Mat Gebu
even di blog Prof Kamil
RedMummy
dll ....

sekian..sekadar cadangan ...

p/s: Kalau you boleh minta tolong kawan2 kita yg sedang belajar di UK belikan dulu, (free postage kan di sana) ,,, then bila sesiapa balik ke Malaysia tolong bawa balik..mungkin boleh dapat murah sikit .. (sekadar cadangan lagi...)

Anonymous said...

Assalamualaikum Azzah8,
Buku tu cuma dapat dibeli dari Amazon.com atau Amazon.co.uk. Memandangkan faktor kos, jadi saya tidak berniat lagi untuk promosi tempatan. InsyaAllah, dalam proses menulis satu lagi yang seumpama "A Priceless Princess" untuk pasaran tempatan. InsyaAllah.

sevendrops

p/s: Thanks Azzah for blog walking. Kat ofis pun tak sempat jumpa!!!

Anonymous said...

N N,

Thank you...

Sevendrops

Anonymous said...

kak Nas,

nanti dah ada pasaran tempatan utk buku akak tu bgtau ya. Saya nak!

good luck kak. Semoga Allah permudahkan urusan kak nas. And kak nas memang berbakat dalam menulis. Suka baca ayat2 kak nas. Subhanallah..MasyaAllah. Ada ayat2 kak Nas yang menyentuh lubuk hati saya. Alhamdulillah..:-)



-siti hanim

Anonymous said...

opss

Kak Nas sy ada linkkan blog akak kat status FB saya tau..kisah semut...Menarik!

sorry ya..lupa nak habaq awai2 sblm post kat FB..:-)

-siti hanim

Anonymous said...

Hanim,

Helllloooooooo, lama tak dengar berita. Thank you... thank you. Paling seronok ialah bila ada juga kata-kata yang boleh diambil faedah! Mudah-mudahan, ada nilai di sisi Allah.

sevendrops