Thursday 17 October 2013

Beraya di Hospital

Pada 14/10/2013, kami dikejutkan dengan panggilan dari Mak Cik yang menyatakan Tok terjatuh ketika bergegas ke bilik air. Jatuh dan terus tidak boleh bangun berjalan. Pada mulanya Mak Cik ingin membawa ke klinik sahaja untuk pemeriksaan. Tapi akhirnya, semua berpakat membawa Tok ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Tok patah tulang peha. Terus dimasukkan ke hospital.

Raya terus jadi suram tanpa Tok. Malam pertama Tok di hospital, ditemani Mak Cik. Malam kedua iaitu malam raya, saya pula mengambil giliran. Seumur hidup tidak pernah menjaga Tok sakit. Itulah kali pertama. Malam raya hanya kami berdua. Tidak langsung kedengaran suara takbir. Rumah Tok dikunci dan sepi. 

Raya... tanpa kelibat Mak ... terus tidak menjadi!

2 comments:

Anonymous said...

semoga tok cepat2 baik seperti sedia kala...sama-sama kita semua mendoakan kesihatan tok sentiasa berada pada tahap yang terbaik....kami sayang tok minah...

mulan said...

doa saya semuga tok kembali sihat..salam untuk tok & your family